Bekas Peserta Mentor Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Bekas pelakon, pengacara dan peserta Mentor musim pertama iaitu, Nabil Zamanhuri, 37, dilaporkan meninggal dunia pada pagi Ahad.

Dimaklumkan, jenazah kini masih berada di hospital Ampang, Kuala Lumpur, bagaimanapun, punca kematian masih belum dikenal pasti.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA menerusi Instagram, berita mengenai pemergian Allahyarham ternyata mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan-rakan artis.

Sekadar info, Nabil memulakan langkahnya dalam dunia hiburan tempatan dengan menyertai program nyanyian, Mentor untuk musim pertama yang mana dia berjaya menyandang tempat naib juara di dalam program realiti tersebut.

Dalam pada itu, dia juga pernah tampil dengan album solo berjudul Dari Jauh (2006), selain popular menerusi lagu Hey Emma! dan Hati Ini.

Allahyarham juga pernah menjadi pengacara program popular di TV3 iaitu Remaja sekitar tahun 2007 dan turut berlakon untuk beberapa naskhah drama.

Salma Syahbuddin