Bekas Suami Zarina Anjoulie Berkahwin Dengan Niqabis, Netizen Puji Cantik Macam Neelofa!

Bekas suami kepada pelakon sensasi Zarina Anjoulie iaitu Eliyas Azhar telah selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Fazirah Nazri pada hujung minggu lalu.

Eliyas atau lebih mesra disapa Yas berkongsi berita gembira itu menerusi Instagramnya pada Selasa.

Menurutnya, dia sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah beri serta berpesan untuk selalu menghargai apa yang kita miliki.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang yang dengan izin-nya kami telah dipertemukan dan disatukan dalam ikatan yang sah.

“Semoga Allah SWT berkati dan redho pada kehidupan kita semua. Kehidupan di dunia hanya pinjaman sementara , yang kekal hanya kehidupan Akhirat.

“Manfaatkan masa, diri dan harta kita ni untuk kehidupan akhirat yang abadi. Sebaik baik hiasan dunia ialah Wanita Solehah. Terima kasih sudi menerima diri yang serba kekurangan ini.

“Syukur atas nikmat yang diberi Allah,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, Yas dan isteri dihujani doa dan ucapan tahniah di atas perkahwinan mereka.

Malah, ada yang memuji kecantikan Fazirah yang juga merupakan seorang jurusolek, dikatakan cantik seperti Neelofa.

“Dari jauh angle gambar pengantin wanita macam Neelofa dulu nikah,” puji seorang netizen.

Kemudian, terdapat juga netizen yang bersetuju kenyataan individu tersebut.

“Kan.. Perasan macam sekali imbas mata Lofa. Cantik,” balasnya.

Untuk rekod, Zarina Anjoulie telah mendirikan rumah tangga dengan Eliyas pada 17 Julai 2020 namun telah bercerai pada 2 Mei 2021.

Maya Basir