Bella Astillah Harap Nurul Shuhada Dapat Bangkit – “Orang Paling Kecewa Adalah Ibu Bapa Kerana…”

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah berharap agar bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri dapat bangkit semula untuk meneruskan kehidupan.

Pernah bertemu dengan Shuhada dan berkongsi cerita, Bella mendoakan agar Shuhada tidak putus asa dan kuat demi anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Muncul Pelangi Selepas Hujan” – Bella Astilah Titip Pesanan Buat Nurul Shuhada… Ramai Luah Rasa Sebak!

“Saya kata kepada Shuhada, dia harus ‘keep going’. Teruskan melangkah. Apa sahaja keputusan Shuhada, ramai akan berada di belakang Shuhada untuk menyokong.

“Saya harap sangat Shuhada dapat bangkit semula kerana saya tahu orang yang paling kecewa adalah ibu bapa Shuhada kerana melihat anak mereka diperlaku sebegitu.

“Saya titipkan pesanan, jangan putus asa dan rendah diri serta tidak memendam apa yang terbuku di hatinya,” kata Bella.

Tambah isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz ini, dia bersyukur kerana wanita kuat itu telah memulakan perniagaan sendiri.

“Saya gembira melihat dirinya yang kini sudah hendak mulakan perniagaan. Kuat demi mencari rezeki untuk anak-anak. Saya usaha yang dia mulakan ini akan menemui hasil terbaik dan semoga Shuhada terus maju jaya.

“Sebelum ini, saya dan Shuhada memang ada berhubung. Dia ada memberitahu masalah yang dihadapi, namun saya tak mahu mengulas lebih lanjut. Biar saya simpan sendiri sahaja.

“Shuhada ada minta pendapat dan nasihat, tapi saya selalu beritahu Shuhada, apa-apa pun, dia perlu ikut kata hati dan terus cekal kerana saya hanya boleh beri semangat sahaja,” katanya.

Bella ditemui di pelancaran koleksi Spring / Summer 2023 jenama antarabangsa Aigner di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Bella dan Aliff, acara itu turut dihadiri oleh selebriti terkenal seperti Siti Saleha, Ruhainies, Hafreez Adam, Atiq Azman, Bella Dowanna, Izzue Islam, Dini Schatzmann dan ramai lagi.

Model terkemuka, Georgia May Jagger menjadi wajah kempen jenama ini dan peminat boleh mendapatkan koleksi terbaharu mereka di Pavilion KL, Suria KLCC dan Lalaport BBCC KL.

Padin