Bella Astillah Seperti Angau ‘Video Call’ Dengan Refal Hady Guna Filter, Reaksi Aliff Aziz Curi Perhatian

Gelagat pelakon sensasi, Bella Astillah mencuri perhatian ramai di aplikasi TikTok apabila berkongsi sebuah video menggunakan filter aplikasi CapCut seperti sedang membuat panggilan video bersama pelakon Indonesia terkenal, Refal Hady.

Video yang dikongsikan di platform TikTok itu memaparkan isteri kepada aktor Aliff Aziz itu seperti ‘angau’, dan tidak melepaskan pandangannya terhadap Refal yang sangat tampan itu.

Refal di dalam video berkenaan sedang bercakap seperti menceritakan keadaan harinya, manakala Bella memberi tumpuan sepenuhnya sambil membuat pelbagai gaya dan reaksi wajah.

Meskipun video tersebut hanyalah disunting sahaja, namun reaksi Bella itu meraih perhatian suaminya, Aliff Aziz.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Aliff meninggalkan tiga emoji di ruangan komen antaranya emoji marah.

“🤔 😏 😠,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengusik Bella yang meminta dirinya untuk ‘behave’ kerana dia sudah mempunyai seorang suami yang juga tampan.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 26,000 tontonan, 1,000 tanda suka dan lebih 20 komen.

@bellaastillah_94

Aduh gimanaaaaaa 🙈

♬ original sound – Bella Astillah – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: “Saya Takut Untuk Cakap Fasal Penceraian” – Bella Astillah Tawakkal, Doa Rumah Tangga Dilindungi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pecah Perut! Buat Trend ‘Ikhlas Ke Awak Nak Jaga Saya’, Bella Astillah, Aliff Aziz Buat Ramai Berdekah – “Rosak, Rasa Nak Tampar Je!”

Aqilah Paharuzi