Bella Astillah Sering Bergandingan Dengan Hero Muda, Ini Kata Aliff Aziz…

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz memberitahu dia dan isterinya, Bella Astillah sering berbincang soal kerjaya masing-masing.

Menurut laporan Gempak, pasangan ini sering berkongsi apa jua perkara melibatkan kerja.

Hal tersebut termasuklah lakonan Bella yang sering digandingkan dengan pelakon-pelakon lelaki yang lebih muda.

“Saya juga seorang pelakon and ‘I know how it is’. Jadi kita berdua memang banyak berbincang soal kerja.

“Apa sahaja yang saya kurang senang, saya akan share dengan dia. Dan apa sahaja yang dia kurang senang, dia akan share dengan saya. Insya-Allah doakan yang baik-baik,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff turut menyokong isterinya itu yang kini aktif dalam dunia lakonan.

“Rezeki dia, saya harus sokong seperti mana dia menyokong kerjaya saya,” katanya lagi.

Untuk info, Bella pernah bergandingan dengan pelakon Hazeeq Dean, Muaz Zabir & Ahmad Adly.

Menurut Bella, dia turut memaklumkan dia mempunyai cara tersendiri untuk menjaga batas dengan pelakon lelaki.

Malah meminta pelakon lelaki yang jauh lebih muda daripadanya meminta menggelarnya dengan pangkat ‘kakak’.

Terdahulu Bella turut mengaku hubungan mereka baik-baik sahaja dan memilih privasi sebagai keutamaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Bella Astillah Dedah Diganggu Peminat Fanatik, Individu Tag Video Lucah Di IG – “Dia Jealous Tengok Saya Dengan Aliff”

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Jaga Batas Sebagai Isteri, Bella Astillah Minta Pelakon Lelaki Muda Panggil Kakak

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Rasa Penghargaan Pada Isteri, Kisah Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astilah Sentuh Hati Ramai – “Kita Lalui Banyak Turun Naik & Awak Masih Setia..”

Sumber: Gempak

Khairil Khusyairi