Belum Sedia Beri Kenyataan, Adira Mohon Ruang

Penyanyi Adira Suhaimi belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan tentang krisis rumah tangganya bersama suaminya, Datuk Red yang dikatakan sedang retak menanti belah.

Terdahulu, pelantun yang terkenal menerusi lagu Ku Ada Kamu itu dilaporkan telah menfailkan perceraian buat kali kedua, pada 25 November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua, Datuk Red Ditegur Sengaja Lambatkan Proses JPK

Memetik laporan Kosmo! Online, Adira menyatakan dirinya perlukan ruang dan privasi untuk mengeluarkan kenyataan tentang perkara tersebut buat masa kini.

“Nanti sampai masa saya bagi kenyataan. Minta maaf sangat-sangat. Terima kasih kerana memahami dan memberi ruang buat saya pada waktu yang mencabar sekarang ini,” katanya.

Menurut peguam syarie yang mewakili Datuk Red, Muhammad Akmal Amzan, punca penyanyi itu memfailkan perceraian kerana tiada lagi persefahaman.

Namun, Datuk Red tidak bersetuju dengan permohonan cerai tersebut kerana masih mahu mempertahan rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Fail Cerai Sebab Tiada Persefahaman, Datuk Red Tak Setuju! Nak Pertahan Rumah Tangga Dengan Adira Suhaimi

“Saya tidak boleh mengulas panjang tentang perkara ini. Namun apa yang boleh saya kongsikan, punca Adira memfailkan perceraian adalah kerana tiada lagi persefahaman.

“Namun, anak guam saya (Datuk Red) tidak bersetuju dengan permohonan yang dibuat oleh isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka,” katanya.

Sebelum ini, Adira pernah menfailkan tuntutan perceraian pada 1 April 2019 iaitu ketika hamil anak ketiga mereka.

Terdahuu, Adira dan Datuk Red telah bernikah pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya matai aitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Sumber: Kosmo! Online

Fatin Nurain