Belum Sedia Hamil Lagi, Biarlah Arif Membesar Dulu

Populariti Arif Jiwa iaitu anak kepada pasangan pelakon asal Indonesia, Tya Ariffin dilihat sebagai luar biasa.

Dengan jumlah pengikut serama 573,000 di laman Instagram kanak-kanak comel ini, tidak hairanlah Ariff dilihat mampu ‘mencaras’ populariti ibunya sendiri.

Kata Tya, ramai peminat yang sentiasa tertunggu perkembangan buah hatinya itu di Instagram.

“ Kami sentiasa menerima kiriman doa daripada mereka yang suka melihat keletah dan telatah Arif.

“ Setiap kali keluar, pasti ada yang menegur dan situasi itu cukup membahagiakan kami sekeluarga,” katanya.

Ketika disoal mengenai perancangan untuk menambah zuriat, Tya yang ditemani suaminya, Asyraf Khalid disisi memberitahu dia belum terfikir untuk hamil lagi.

“ Arif masih perlu perhatian, saya belum terfikir untuk hamil lagi.

“ Biarlah Arif membesar dan matang dahulu sebelum kami merancang anak kedua,” kata ibu cantik berusia 24 tahun ini.

Tya Ariffin yang berkahwin dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid berkahwin pada 2 November 2015 dan melahirkan Arif Jiwa pada 31 Mac 2017.

 

 

SGMS Faida