Categories: Gaya Hidup

8 Cara Cool Hilangkan Sunburn Di Muka

Tak sah kalau balik bercuti dari pulau tak dapat selaran matahari atau sunburn. Jangan cakap pergi pulau saja, penulis yang berada di Karnival Jom Heboh hujung minggu lalu juga terkena sunburn.

Sunburn akan berlaku sekiranya kulit terdedah kepada sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit terutama sekali sinaran matahari jam 10 pagi dan 3 petang. Waktu itu memang radiasi ultra tunggu sangat kuat.

Mereka yang berkulit cerah lebih mudah terkena sunburn daripada orang yang berkulit gelap kerana mereka ini mempunyai kandungan melanin yang rendah. Kanak-kanak atau mereka yang mempunyai kulit sensitif juga lebih mudah terkena sunburn.

Foto: CBC.ca

Bayangkan yang dah pakai sunscreen atau sunblock pun kulit masih terkena sunburn, apatah lagi mereka yang tak pakai sebarang losyen atau krim pelindung UV langsung. Memang boleh gatal kulit dibuatnya. Kulit pun akan rasa panas dan kering sehingga merah dibuatnya.

Di sini penulis kongsikan tip untuk hilang dan rawat kulit yang terkena sunburn. Hanya guna bahan semula jadi sahaja.

1. Ais

Foto: Art of the Pie

Ketika kesan sunburn masih baru, basuh muka bersama air yang bercampur ais. Suhu sejuk pada ais akan membantu mengurangkan kemerahan serta melembapkan kulit.

2. Yogurt

Gunakan plain yogurt dan sapu di muka sebagai mask. Yogurt membantu melembapkan kulit yang terkena sunburn.

3. Mayonis

Mayonis mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Anda cuma perlu sapu dan ratakan sedikit mayonis pada kulit yang terbakar dan rasai sendiri hasilnya.

4. Aloe vera

Foto: NDTV Food

Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya (aloe vera) dan ambil lendirnya. Sapukan pada kulit wajah dan urut perlahan. Lidah buaya meringankan rasa perit pada kulit terbakar dan membantu menghasilkan sel kulit yang baru.

5. Baking soda

Campurkan baking soda dengan sedikit cuka, lalu sapukan pada bahagian kulit yang terkena sunburn sebelum tidur. Biarkan semalaman dan bilas keesokan paginya.

6. Teh hitam atau teh hijau

Teh hitam atau teh hijau mengandungi tannins dan komponen lainnya yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn.

7. Timun dan kentang

Foto: Natural Healthy Ways

Potongan timun atau kentang dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, rasa perit, rasa gatal-gatal dan bengkak.

8. Tomato

Cuci bersih sebiji tomato dan kemudian belah kepada 2 bahagian. Gosok pada wajah perlahan-lahan dan biarkan ia kering seketika. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih.

Sumber: Seminit Resipi dan Sirap Limau

Ad Ops