Sajat, Aliff Syukri Bakal Duet Dengan Penyanyi Indonesia?

Apa saja yang dimuatnaik di Instagram miliknya, pasti jadi bualan hangat! Ada yang suka, ada yang kecam…pendek kata macam drama tak berkesudahan.

Terbaru, jutawan kosmetik terkenal Nur Sajat umum bakal tampil dengan single terbaru hujung tahun ini.

Dalam masa sama, Sajat memberitahu untuk single kali ini, dia tidak keseorangan kerana bakal berduet dengan rakan baiknya, Datuk Aliff Syukri dan selebriti hangat Indonesia, Lucinta Luna. Wah, hebat!

Sebelum ini, Sajat pernah muncul dengan single bertajuk Makhluk Penggoda pada Mac lalu.

Dua jutawan kosmetik popular itu dijangka terbang ke Indonesia bagi membincangkan proses menghasilkan single akan datang mereka ini.

Khabarnya, single terbaru mereka dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Yang pasti, single terbaru Sajat ini pasti mendapat perhatian ramai bukan saja di Malaysia malah di Indonesia juga. Nantikan ya! 

SGMS Faida