Ben Amir Jalani Pembedahan Selepas 3 Minggu Tanggung Rasa Sakit!

Pelakon Ben Amir, telah dimasukkan ke hospital dan akan menjalani pembedahan selepas tiga minggu menanggung kesakitan hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ben juga sempat memohon maaf dan meminta agar pengikutnya mendoakan pembedahan itu berjalan lancar.

“It’s been a painful 3 weeks of slow recovery. Tomorrow is the day. I’m having surgery. I admit I have waves of nervousness thinking about the surgery.

“I just wanna say sorry to all of you and I’m asking for your forgiveness if I ever hurt you. Doakan yang terbaik untuk saya,” tulis Ben.

Ben juga sempat memaklumkan dirinya akan tidur lebih banyak untuk memberi ruang kepada proses penyembuhan.

“I plan on sleeping a lot and letting my body heal. Sorry kalau tak reply ya. See you guys soon,” katanya.

Setakat ini, tiada sebarang maklumat mengenai penyakit yang dialami Ben.

Fatin Nurain