Pelakon Ben Amir mendedahkan ramai yang tidak percaya apabila dia sering melepaskan geram di aplikasi X.
Mendedahkan dia sendiri yang menulis semua ciapan di laman sosial terbabit, Ben mengaku mempunyai ‘perangai’ yang berbeza di platform X.
“Saya mempunyai personaliti yang berbeza di aplikasi X apabila kerap membuat luahan terhadap sesuatu perkara yang berlaku disekeliling saya.
“Kadang-kadang ramai yang tak percaya dan bertanya, ‘Ben, kau ke yang tulis tweet tu?’. Ya, memang saya yang tulis, bukan admin media sosial saya atau orang lain,” katanya.
Tambah Ben, kadangkala dia rasa seronok apabila sesekali menjadi ‘netizen’ di aplikasi terbabit dan meluahkan rasa geram atau buah fikirannya mengenai sesuatu perkara.
“Kadang-kadang, saya rasa seronok untuk menjadi netizen di platform terbabit di sebalik kehidupan sebagai selebriti. Jika di Instagram, saya cuma guna untuk muat naik kandungan mengenai kehidupan peribadi, percutian dan berkaitan kerjaya.
“Tapi di aplikasi X, saya gunakan untuk meluahkan apa yang saya fikir atau nampak ketika itu. Seronok juga sesekali jadi netizen. Saya tidak takut untuk lantang di sana, followers pun semakin ramai,” katanya.
Ben ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta baju Melayu, Eastana Exclusive di Ampang pada Rabu.
Dalam pada itu, Ben agak selektif untuk memilih jenama yang mahu diwakilinya kerana mementingkan kualiti.
“Saya memilih kerana mahukan yang terbaik. Sama seperti jenama ini, ia menonjolkan baju Melayu dengan kualiti yang bagus, jadi saya bersetuju.
“Selain baju Melayu teluk belanga dan baju Melayu cekak musang, jenama ini juga menjual kurta dan baju Melayu kanak-kanak,” katanya.
Selain Ben, pelakon Fattah Amin juga turut dilantik sebagai duta kepada jenama ini.
Apapun keputusannya... Semoga yang baik-baik buat TokTi kesayangan ramai❤️❤️❤️
relax je Alif jawab
Benda jadi di luar batas kemampuan. Yang penting kita jalankan tanggungjawab kita selagi mampu okay!💪
Semoga cepat sembuh daripada trauma