Categories: HiburanTrending

Derita Masalah Bronkitis & Sinus Yang Teruk, DJ Lin Masuk Wad

Penyampai Radio Suria FM, DJ Lin terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak Sabtu lepas gara-gara mengalami masalah bronkitis dan sinus yang kritikal.

Menurut pemilik nama sebenar Roslinda Abdul Majid itu, sudah sebulan dia mengalami gejala batuk dan selesema.

Menganggap hanya sakit biasa, dia cuma mengambil ubat-ubatan sahaja tanpa melalukan pemeriksaan lanjut.

Namun, setelah mengalami kesukaran untuk bernafas dengan teruk, dia terus dikejarkan ke hospital.

“Rasanya dalam bulan lepas saya ulang-alik ke klinik. Doktor ada bagi surat rujukan untuk berjumpa pakar tapi saya enggan berbuat demikian.

Memetik mStar, DJ Lin berkata, dia belum dibenarkan untuk keluar wad sehingga hari Ahad ini bagi menjalani rawatan untuk mengeluarkan lendir pada paru-parunya.

Sementara itu, doktor menyarankan agar dia melakukan pembedahan jika komplikasi sama berulang lagi.

Sebagai seorang penyampai radio, DJ Lin turut bimbang dengan masalah tersbeit kerana sedikit sebanyak menjejaskan kualiti suaranya.

Sumber : mSta

Syamir Shafie