Categories: Hiburan

Ben Ladin, Shiha Zikir Bergabung dalam ‘Angan’

Gabungan dua suara yang padu dari penyanyi, Ben Ladin dan Shiha Zikir telah menghasilkan sebuah karya hebat melalui lagu ‘Angan’. Lagu ini dijangka bakal memberikan pengajaran dan mesej yang positif kepada pendengar pada tahun ini. Antara keistimewaan lagu ini adalah lagu ini telah mendapat sentuhan istimewa daripada komposer dan penulis lirik, Hikayat Benladin, iaitu Malique.

Sejak kemunculan muzik pendek di dalam media sosial, lagu ini telah menarik perhatian peminat Ben Ladin, terutamanya di TikTok yang telah mencapai 70 penciptaan kandungan (content creation) dalam tempoh seminggu selepas muzik pendek ini dikeluarkan. Gabungan duo hebat ini jelas mempunyai daya tarikan tersendiri dan mampu menarik perhatian peminat mereka.

‘Angan’ adalah buah tangan yang paling istimewa daripada Ben Ladin dan Shiha Zikir pada tahun ini. Kedua-dua artis ini memainkan peranan penting dalam lagu ini, seperti Ben Ladin sebagai penyanyi rap dan Shiha Zikir sebagai pelengkap kepada vokal yang unik dan merdu. Kolaborasi ini tidak hanya mencerminkan kepelbagaian bakat seni mereka, tetapi juga menghasilkan perpaduan yang memukau dan pastinya akan memikat hati pendengar pada era ini.

Lagu ‘Angan’ mengisahkan tentang perasaan seseorang yang terperangkap dalam ilusi atau impian untuk mencapai kehidupan mewah dan kuasa yang tinggi. Dalam usaha mengejar impian mereka, mereka juga mengalami rasa kebingungan dan ketidakpastian kerana realiti kehidupan yang sukar diwujudkan.

Antara mesej yang positif dalam lagu ‘Angan’ ini untuk sentiasa berpegang kepada realiti agar tidak merosakkan masa depan kita, terutamanya apabila kita terdedah kepada kemewahan, penipuan, dan keinginan.

Lagu ‘Angan’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Syamir Shafie