Nabil Mahir Tak Bagi ‘Ikat Peranakan’, Ayda Jebat Menangis Gara-Gara…

Penyanyi Ayda Jebat menangis selepas mendengar jawapan daripada suaminya, Nabil Mahir yang tidak mengizinkan dirinya untuk melakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau biasa dengar sebagai ‘ikat peranakan’.

Menerusi perkongsian seorang individu yang dimuat naik semula oleh Ayda di Instagram memberitahu ada mendengar temu bual Ayda di sebuah stesen radio.

Malah, dia turut menangis mendengar jawapan Nabil berkenaan isu ikat peranakan tersebut.

“Tengah drive tadi dengar #MorningMorningSuria artis jemputan Ayda Jebat. Cerita tentang Ayda then isu pregnant. Mula-mula semua ketawa-ketawa.

“Ayda cerita dia dah dapat sepasang (cahaya mata), czer tapi. Nabil Mahir tak bagi Ayda ikat. Semua macam ‘Dia nak anak lagi ke?’. Lepastu Ayda terdiam.

“Rupanya Ayda nangis. I terus park kereta sama-sama ternangis dengar jawapan Nabil Mahir,” katanya.

Menurut Nabil, dia tiada masalah untuk Ayda berkahwin lagi sekiranya dia sudah meninggal dunia dan memikirkan suaminya nanti pasti ingin mempunyai zuriat bersama.

“Nanti kalau I takde, you kahwin lain. Mana tahu suami you nak anak dengan you,” ujar Nabil.

Untuk rekod, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata Ana Nayla, 2, dan bakal melahirkan cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Maya Basir