Benci Lelaki Naik Tangan, Inul Daratista ‘Unfollow’ Rizky Billar & Titip Pesan Buat Lesti Kejora

Penyanyi dangdut terkenal, Inul Daratista secara terbuka meluahkan kekecewaannya terhadap suami Lesti Kejora, Rizky Billar.

Inul meluahkan perasaannya berhubung kes keganasan rumah tangga yang dialami oleh Lesti dan didakwa dilakukan oleh Rizky.

ARTIKEL BERKAITAN: Dihempas Ke Lantai & Leher Dicekik, Lesti Kejora Buat Laporan Polis Terhadap Rizky Billar

Menerusi muat naik di Instagram peribadinya, Inul Daratista menyatakan sokongan terhadap Lesti Kejora yang didakwa menjadi mangsa keganasan Rizky.

“Anakku sayang. Jangan sesekali rasa sakit hanya kerana tamparan orang lain yang hanya menyebabkan ia merah dan luka kecil kerana proses untuk menjadi seorang yang hebat adalah banyak fasa yang perlu dilalui.

“Kini persaingan gendang dalam hidup anda telah bermula, bagaimana anda perlu bersedia untuk menghadapinya, terutamanya apabila anda berhadapan dengan seseorang yang membuatkan anda mempunyai bayi yang kacak sekarang dan telah menjadi sebahagian daripada kisah cinta anda.

“Anakku…. Bunda yakin sejak pertama kali bertemu dengan awak, awak adalah pilihan untuk menghadapi kesakitan… terlalu murah, terlalu remeh dan naif jika awak merendahkan maruah diri, berkorban demi dia yang tidak mencintai awak, nak,” tulis Inul di ruangan kapsyen.

Inul mengakui tidak suka lelaki yang mudah bermain tangan atau mudah memukul isteri.

Menurut Inul, lelaki atau suami seperti itu tidak menghormati dan menghargai wanita.

“Bunda benci lelaki atau suami yang suka main tangan, maknanya ini penyakit. Tidak ada rasa hormat dan penghargaan terhadap wanita terutama isteri,” tambah pelantun lagu Goyang Inul itu.

Sementara itu, Inul berasa sangat sayang dan sentiasa mendoakan Lesti serta berharap penyanyi itu terus tabah menghadapi ujian ini.

“Bunda terlalu sayangkan kamu walaupun jarang berjumpa. Sentiasa mendoakan kamu. Hadapi, jangan lemah! Masih ramai yang sayangkan awak sebenarnya… iki sayang,” tulis Inul.

Difahamkan, Inul menegaskan dia tidak menghormati dan tidak lagi mengikuti laman sosial Rizky Billar.

Sumber: Instagram Inul.d

Khairil Khusyairi