Gandingan Mantap Dengan Naim Daniel Dalam Lagu ‘Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat’ Tonjolkan Tone Vokal Sebenar Dolla

Penyanyi Naim Danel meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang untuk berganding bersama kumpulan wanita, Dolla menerusi lagu ‘Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat’.

Baru sahaja dilancarkan pada 30 September lalu, muzik video lagu baharu gandingan mereka menerima respons positif daripada peminat dan berada di tangga ke-9 carta ‘trending’ di YouTube. 

Naim ketika ditemui media baru-baru ini mengakui tajuk lagu yang panjang ini merupakan salah satu ‘gimmick’ untuk menarik perhatian ramai. 

“Saya tak pernah buat sebarang research mengenai tajuk panjang. Boleh dikatakan sebagai gimmick juga. Ini pertama kali dia mencipta sebuah lagu yang mempunyai tajuk sangat panjang,” katanya. 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berpakaian Menjolok Mata, Dolla Minta Maaf – “Kami Tersilap Pandang”

Difahamkan lagu tersebut telah lama dicipta oleh Naim sendiri iaitu sebelum pandemik melanda tanah air pada dua tahun lalu. 

Kumpulan Dolla yang cukup terkenal dengan lagu jenis rancak mengakui sangat mencabar untuk menyampaikan lagu Ballad, namun berterima kasih kepada Naim atas peluang dan pengalaman yang diberi. 

“Lagu ni sangat mencabar pada kami sebab sebelum ini kami kerap tampil dengan lagu ‘dance’. Untuk sampaikan emosi dalam lagu kepada pendengar itu sangat berbeza. 

“Dan dalam lagu ini juga suara dan tone kami sangat berbeza. Terima kasih pada Naim kerana sudi berkolaborasi dan sememangnya satu pengajaran terbaik buat kami,” katanya. 

Aqilah Paharuzi