“Benda Paling Bodoh Aku Dengar Hari Ini…” – Pengarah Kecewa Ada Individu Dakwa Naim Daniel Pengikut Iluminati

Pengarah, penerbit dan penulis skrip, Razaisyam Rashid berasa kecewa dengan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab kerana dilihat sengaja mahu mencetuskan kontroversi apabila menuduh pelantun lagu Sumpah, Naim Daniel sebagai pengikut dajjal.

Berita itu dikongsi oleh Razaisyam menerusi hantaran dilaman Twitter miliknya pada Selasa.

“Benda paling bodoh aku dengar hari ni. Naim jatuh main skate depan mata aku dan aku sendiri yang hantar dia pergi hospital.

“Then ada mangkuk kata dia masuk illuminati siap buat soul scalping dengan dajjal. Kelakar gila!,” tulisnya.

Menurutnya, tuduhan itu mula tercetus apabila terdapat individu yang mempersoalkan lambang topi yang dipakai oleh Naim dan kecederaan yang dialaminya dengan upacara ‘soul scalping’.

 

Bagaimanapun, pengarah filem Pusaka ini menjelaskan kecederaan yang dialami Naim adalah berpunca dari kemalangan sewaktu beliau bermain skateboard.

Menjengah diruangan komen pula, rata-rata netizen terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap Naim dan berharap agar kecederaan yang dialami penyanyi itu kembali pulih sepenuhnya,

 

Terdahulu, Naim turut mengalami kecederaan apabila bahunya mengalami kecederaan akibat terseliuh ketika bermain sukan kegemarannya itu.

 

Salma Syahbuddin