Makan Besar Malam Tahun Baru Cina Dibenarkan

Semestinya prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Tahun Baharu Cina yang bermula awal Februari depan menjadi persoalan rata-rata masyarakat kita terutama yang menyambut perayaan tersebut bukan?

Justeru itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique memaklumkan, jamuan makan besar bersama ahli keluarga terdekat pada malam 31 Januari ini adalah dibenarkan.

Ini termasuklah, meraikan resepsi perayaan tersebut dengan syarat sebarang aktiviti perayaan yang melibatkan tetamu haruslah dibuat di ruang tertutup dengan jumlah jemputan yang terhad.

“Selalunya jamuan makan besar bersama keluarga ini hanya dihadiri ahli keluarga dan bukan sesiapa saja yang akan datang menyertai jamuan sedemikian.

“”Yang dipersetujui jawatankuasa protem dan Kementerian Kesihatan (KKM) ialah jamuan di ruang tertutup, dengan hanya dibenarkan kepada mereka yang mendapat jemputan. Tidak ada sesi berkali-kali,” katanya.

Hanya 50 peratus jumlah jemputan dibenarkan

Tegasnya, kementerian juga menetapkan jemputan untuk resepsi Tahun Baharu Cina 2022 yang hanya membabitkan 50 peratus kapasiti ruang, dan perlu mengamalkan penjarakan fizikal sahaja dibenarkan.

Malah, bagi upacara sembahyang khas yang diadakan pada 1 dan 2 Februari depan melibatkan rumah ibadat, hanya SOP Pembukaan Rumah Ibadat dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat sahaja dibenarkan.

 

 

Sumber: BH

Salma Syahbuddin