“Inilah Pondan Pengecut Sebenar…” – Ryzal Ibrahim ‘ Durian Kimchi’ Mahu Saman Netizen, Sebar Fitnah Isu DNA Anak

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim memuat naik foto bersama anak sulungnya, Rina yang kini baru berusia tiga bulan menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.

Namun, perkongsian tersebut tidak disenangi oleh segelintir pihak apabila ada yang tampil meninggalkan komen meminta agar Ryzal membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap anak perempuannya itu.

Tidak hanya membiarkan komen tersebut, Ryzal dilihat memuat naik tangkap layar berkenaan menerusi Instagram Story miliknya.

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan Xtra komen tersebut telahpun dipadam oleh individu tersebut.

“Dia nak popular, kita bagi peluang…”

Selain itu, dalam satu hantaran berasingan Ryzal menyifatkan kenyataan yang ditinggalkan di ruangan komen berkenaan sebagai satu bentuk fitnah dan melabel individu terbabit sebagai ‘pondan pengecut’ sebenar.

Justeru itu, beliau turut memaklumkan berjaya menjejaki lokasi individu terbabit.

Salma Syahbuddin