“Logik Ke Saya Nak Buat Begitu?” – Mohon Hentikan Tuduhan, Fizo Omar Tepis Dakwaan Abai Anak

Sebelum ini, bekas isteri kepada pelakon dan pengacara, Fizo Omar iaitu Mawar Karim ada berkongsi gambar anaknya, Wan Maryam yang kelihatan bersendirian ketika sedang bercuti di sebuah taman tema popular kanak-kanak yang terletak di Johor Bharu.

Malah, dalam hantaran yang berlainan Mawar ada memuat naik video Maryam menyebut perkataan trouble dan sad  ketika ditanya mengapa dia bersendirian.

Menurut Mawar, perkara tersebut semestinya merisaukan mana-mana insan yang bergelar ibu apabila melihat anaknya berseorang dan bersedih sekaligus memandangkan serius hal berkenaan.

“Mungkin bagi anda perkara ini remeh, Tapi bagi saya tidak. Mungkin juga awak tidak rasa atau lalui perkara yang saya sedang hadapi. Hanya melihat dari jauh,” katanya.

Dakwaan itu tidak berasas!

Menyifatkan dakwaan sedemikian tidak berasas, Fizo Omar tampil membuat kenyataan berhubung perkara berkenaan.

“Saya sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi sehinggalah ada individu yang kongsikan kepada saya. Percutian kami pada hari itu sangat baik dan gembira.

“Saya hanya dapat berjumpa dengan Maryam dua kali sahaja dalam sebulan iaitu pada hujung minggu. Itu adalah masa yang saya tunggu.

“Bila masa saya dengan Maryam memang tidak ada siapa boleh kacau. Itu cara saya hargai masa saya dengan baik.

“Dia seorang sahaja anak saya, saya bercuti pun untuk dia. Saya bawa anak ke  taman tema tersebut sememangnya khusus untuk kanak-kanak dan logik ke kalau nak tinggalkan dia seorang diri?” jelasnya.

Tegasnya lagi, adalah tidak logik sekiranya mengabaikan Maryam ketika percutian tersebut apatah lagi hubungan kami sememangnya sangat rapat.

“Logik ke saya buat begitu? Semua tahu bagaimana rapatnya saya dengan Maryam. Saya nak pegi tandas pun dia nak ikut,” jelasnya.

Memetik laporan Gempak, Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, memohon mana-mana pihak agar tidak mengeruhkan lagi keadaan dan tidak saling membalas tuduhan yang dianggap sebagai tidak berasas dan tdak logik.

 

 

 

Sumber : Gempak

Salma Syahbuddin