Categories: Trending

Terlibat Kemalangan Motosikal, Keadaan Azhan Rani Stabil & Masih Dalam Jagaan Pakar

Pelakon Azhan Rani terlibat dalam sebuah kemalangan motosikal yang berlaku tengah hari semalam.

Berita itu disampaikan oleh sahabatnya, aktor Beto Kusyairy menerusi kemas kini di laman Twitter.

“Amanah dari sahabatku Azhan Rani, dukacita ingin menyampaikan pada semua yang beliau telah terlibat dengan kemalangan motosikal pada tengahari semalam (Isnin).

“Alhamdulillah keadaannya stabil dan masih dalam jagaan pakar. Pada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi, beliau mohon maaf kerana tak dapat nak jawab segala panggilan dan text untuk sementara waktu ni,” tulisnya.

Tambah Beto, Azhan menghargai segala keprihatinan yang diberikan serta turut memohon doa orang ramai agar sahabatnya segera pulih.

“Namun beliau tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya.

“Sama-sama kita doakan beliau agar segera sembuh & pulih seperti sediakala.. Amin Ya Rabb,” tulisnya lagi.

Rata-rata peminat turut bersimpati dengan insiden yang dialami Azhan.

Warganet juga turut mendoakan agar Azhan segera sembuh.

Padin