Trending By: Padin January 18, 2022 @ 2:22pm

Terlibat Kemalangan Motosikal, Keadaan Azhan Rani Stabil & Masih Dalam Jagaan Pakar

Pelakon Azhan Rani terlibat dalam sebuah kemalangan motosikal yang berlaku tengah hari semalam.

Berita itu disampaikan oleh sahabatnya, aktor Beto Kusyairy menerusi kemas kini di laman Twitter.

“Amanah dari sahabatku Azhan Rani, dukacita ingin menyampaikan pada semua yang beliau telah terlibat dengan kemalangan motosikal pada tengahari semalam (Isnin).

“Alhamdulillah keadaannya stabil dan masih dalam jagaan pakar. Pada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi, beliau mohon maaf kerana tak dapat nak jawab segala panggilan dan text untuk sementara waktu ni,” tulisnya.

Tambah Beto, Azhan menghargai segala keprihatinan yang diberikan serta turut memohon doa orang ramai agar sahabatnya segera pulih.

“Namun beliau tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya.

“Sama-sama kita doakan beliau agar segera sembuh & pulih seperti sediakala.. Amin Ya Rabb,” tulisnya lagi.

Rata-rata peminat turut bersimpati dengan insiden yang dialami Azhan.

Warganet juga turut mendoakan agar Azhan segera sembuh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Feb 2023
Trending Tue, 15 Oct 2019
Trending Sun, 18 Feb 2018

ITALIAN TOWN SELLS HOUSES FOR RM4 TO PREVENT POPULATION PLUMMET

There are 200 houses for sale at only RM4 each!

Trending Sun, 19 Jun 2022

“Saya Tak Nak Masuk TV Buat Masa Ni” – Adibah Noor Tolak Tawaran Rakaman Lagu Pada Tarikh Pengebumian

Adibah Noor tolak tawaran untuk keluar televisyen seolah-olah tahu dirinya akan pergi buat selamanya.

Featured Wed, 18 Aug 2021

Kes Saman Siti Nordiana: Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Luar Mahkamah

Kes saman melibatkan penyanyi Siti Nordiana atau Nana terhadap rakan artis Syura Badron, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim serta dua lagi individu masih belum menemui jalan penyelesaian. Terdahulu, Nana telah menuntut permohonan maaf

Featured Fri, 17 Apr 2020

| Live TV