Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 15, 2024 @ 1:25pm

‘Unfollow’ Ruhainies, Bella Astillah ‘Block’ Aliff Aziz?

Kemelut rumah tangga pelakon, Bella Astillah sehingga kini masih menjadi perhatian ramai di media sosial selepas suaminya, Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies, minggu lalu.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Ruhainies dan Aliff masing-masing tampil membuka mulut memberi kronologi kejadian diserbu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang berlaku pada Jumaat malam, 8 Mac.

Semalam, dalam satu kenyataan dimuat naik di Instagram, Ruhainies mengatakan dia hanya mengajak Aliff yang merupakan rakan baik selama 10 tahun untuk makan bersama ahli keluarga di kediaman miliknya.

Kata Ruhainies lagi, kakaknya pelakon Risteena juga sepatutnya datang ke kediaman namun terlewat atas tersangkut di kesesakan lalu lintas

Terkini, berdasarkan pemerhatian XTRA, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah sudah tidak mengikuti Aliff dan Ruhainies di Instagram.

Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati ibu anak dua ini masih menyimpan foto-foto bersama suami serta rakan baiknya di laman Instagram.

Sementara itu, pada malam semalam, Aliff masih mengikuti isterinya di Instagram, namun begitu hasil pemerhatian XTRA pada pagi ini aktor berkenaan sudah tidak mengikuti Bella, berkemungkinan telah disekat oleh isterinya.

Bella Astillah

Bella Astillah

Manakala Ruhainies pula masih mengikuti Bella.

 

Dalam pada itu, Aliff dan Ruhainies pula turut mengikuti satu sama lain di laman Instagram mereka.

Bella Astillah

Pada pagi Rabu, Bella hadir ke mahkamah bagi sebutan kali pertama yang ditemani oleh ibunya, Zarinah Astillah dan adik, Didi Astillah pada jam 12.30 tengah hari.

Namun begitu, Aliff tidak hadir ke perbicaraan tersebut kerana sibuk menjalani penggambaran drama Terjerat yang turut dilakonlan oleh aktres Ruhainies.

Aktres drama rantaian Aku Tanpa Cintamu memfailkan penceraian permohonan cerai pada 11 Mac lalu.

Bella berkata dia tidak menghalang suaminya, Aliff Aziz untuk bertemu anak-anak meskipun selepas mereka bercerai nanti.

Terdahulu, Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: “JAWI Sampai Jam 11 Malam, Bukan 3 Pagi” – Dedah Bukti Mesej Dengan Ruhainies, Risteena Harap Netizen Tak Terus Menghukum

Artikel Berkaitan: “Kenapa Tak Ajak Bella Or So Called ‘Bestfriend’ Makan Sekali?”- Eyra Hazali Pertikai Kenyataan Ruhainies Isu Tangkap Khalwat

Artikel Berkaitan: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak-Anak Tak Terkesan Isu Panas Aliff Aziz, Bella Astilah Harap Penceraian Dapat Perbaiki Diri Masing-Masing

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Macam Tak Ada Apa” – Ruhainies, Aliff Aziz Dalam Tempoh ‘Bertenang’, Fokus Shooting Saat Bella Astillah Tuntut Cerai

Artikel Berkaitan: ‘Tikam Belakang’ Kawan Punca Nama Ruhainies Digugurkan, A Aida Beri 3 Kontrak Drama Kepada Bella Astillah – “Dia Minta Maaf Pun Tak Terima”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Dakwaan Berkhalwat Tak Ganggu Emosi, Ruhainies Tetap Komited Dengan Kerja – “Saya Tak Takut, Berani Sebab Berada Di Pihak Yang Benar”

Artikel Berkaitan: Guna Alasan Nak Cipta ‘Chemistry’, Individu Dedah Ruhainies, Aliff Aziz Siap Ada Panggilan ‘Baby’?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Trending Thu, 14 May 2020

PKPB : Bakal Dipertimbangkan Semula 18 Mei Ini

Kita doakan agar keadaan kembali pulih dengan segera

Trending Thu, 29 Nov 2018

Boy Genius Says Malaysian Education System is Too Restrictive

He’s a renowned teacher and lecturer but he doesn’t even have an SPM certificate or equivalent.

Featured Thu, 8 Dec 2022

Risau Anak-Anak Kurang Kasih Sayang, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Tak Rancang Tambah Zuriat – “Syukur Ada 4, Kalau Lebih Tu Bonus”

Keluarga bahagia ni ❤️ Aeril kata akan berlakon semula selepas 2 tahun berehat! Fuhh tak sabar

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Wed, 29 Jan 2020

Tengah Sental Kuali, Tapi Selipar Kak Lina Pom Pom Yang Jadi Perhatian

Untungnya Azlan…pandai Kepom ambil hati keluarga Papa Awan Nano!

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

#BBB2019: Tiga Kali Jadi Juara, Achey Terkejut Menang Lagi!

Gandingan mantap, tahniah Achey & Tauke!

FESYEN Wed, 27 Nov 2019

Disappointed; Fans Couldn’t Help But Felt Lady Gaga’s Make Up Line ‘Haus Labs’ A Major Let Down

After all those hypes, fans just couldn’t help but express their disappointment to the collection.