Selebriti By: Atiqah Johari April 20, 2024 @ 4:47pm

“Sehingga Kini Saya Masih Jaga Aib Isteri & Keluarga” – Didakwa Bawa Lari Anak Bongsu, Ini Penjelasan Ippo Hafiz

Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz tampil memberi penjelasan selepas didakwa membawa lari anak bongsunya yang kini berusia dua tahun daripada isterinya, Fara Roslan.

Artikel Berkaitan: Ippo Hafiz Didakwa Mungkir Janji & Bawa Lari Anak Bongsu? – “Dah 77 Hari Ibu Kandung Tak Dapat Jumpa”

Ippo memuat naik kenyataan menerusi Instagram Storiesnya menjelaskan bahawa hak penjagaan anak-anak masih belum diputuskan mahkamah kerana kes mereka masih berjalan.

Susulan itu, dia menyatakan dia ingin menjaga anak kedua buat masa sekarang dan anak pertama dijaga oleh isterinya.

Tambahnya, dia tidak menghalang isterinya untuk berjumpa dengan anak kedua mereka.

“Assalamualaikum, dah lama saya ingin nyatakan, kes saya dan isteri mash berjalan di Mahkamah dan masih belum ada apa-apa diputuskan oleh Mahkamah termasuk hak jagaan Anak. Anak pertama pada isteri, Anak kedua bersama dengan saya.

“Saya juga telah memberitahu isteri, buat masa ni biarlah saya jaga anak kedua, kita selesaikan dulu semuanya di Mahkamah. disitu tempat yang adil. Saya tiada halangan untuk isteri jumpa anak tapi saya dimaklumkan untuk dia mengambil anak kedua saya,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Rahsia Tuhan ini memaklumkan bahawa peguamnya telah menghantar notis kepada pihak yang memberi tohmahan terhadapnya.

“Banyak statement dikeluarkan seolah saya tidak ada sifat bertimbang rasa. Peguam saya telah memberikan notis supaya pihak-pihak yang membuat tohmahan terhadap saya berhenti membuat tomahan terhadap saya.

“Biarlah Mahkamah yang memutuskan perkara ini dari menggunakan social media untuk melepaskan perasaan. Hal ini saya dan isteri sahaja yang tahu. Saya sehingga kini masih menjaga Aib Isteri dan juga keluarga. Dia masih isteri saya ( bukan bekas isteri). Tugas dia sebenar-benar adalah jaga maruah suami. Saya harap anda semua menghormati dan mendoakan semuanya dipermudah,” jelasnya lagi.

Ippo Hafiz

Untuk rekod, Ippo berkahwin dengan Fara pada 24 Ogos 2019 dan mempunyai dua orang anak lelaki.

Artikel Berkaitan: Ippo Hafiz Fail Tuntutan Nusyuz Selepas Isteri Tak Pulang Rumah Sejak November Tahun Lalu

Artikel Berkaitan: Fail Tuntutan Nusyuz Terhadap Isteri, Ippo Hafiz Anggap Ramadan Ini Paling Mencabar… Mohon Doa Urusan Dipermudahkan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Jun 2020
Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Ezzaty Abdullah Risau Tengok Keadaan Suami

Syukur dia stabil selepas mengadu susah bernafas. Azwan memang ada masalah lelah sejak kecil namun terkawal.

Trending Wed, 23 Mar 2022

Lama Tak Muncul Dengan Single, Tremendous Jadi Senjata Kedewasaan 6ixth Sense

Mac 2022 akan menjadi sebuah momen pemula yang sangat dinantikan 6ixth Sense selepas lama memerhati waktu yang tepat untuk keluar daripada ‘pertapaan’. Mempertaruhkan single terbaharu dengan judul Tremendous, sengaja kumpulan ini memilih penggunaan bahasa Inggeris […]

Featured Mon, 26 Jul 2021

“Drama Paling Gedik Pernah Kami Buat..”- Kelainan Drama SitikTok Curi Perhatian Penonton

Drama terbaru yang ditayangkan di TV3 SiTikTok yang baru sahaja menemui penonton pada 22 Julai lalu ternyata mencuri perhatian ramai di media sosial. Drama bersiri 16 episod yang diarahkan oleh Joon Goh ini menampilkan pelakon-pelakon […]