Featured By: Attiqah Mohd July 26, 2021 @ 3:22pm

“Drama Paling Gedik Pernah Kami Buat..”- Kelainan Drama SitikTok Curi Perhatian Penonton

Drama terbaru yang ditayangkan di TV3 SiTikTok yang baru sahaja menemui penonton pada 22 Julai lalu ternyata mencuri perhatian ramai di media sosial.

Drama bersiri 16 episod yang diarahkan oleh Joon Goh ini menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Scha Elinnea (Siti), Niezam Zaidi (Shon), Nadia Aqilah (Miss Rona), Nelissa Nizam (Jaja), Zamaera (Maru), Kahoe (Xander) dan Acong Sweetchild (Chuchox).

Meninjau di laman Twitter, rata -rata mereka yang menonton drama ini teruja menonton plot drama yang seakan akan drama Impian Ilyana suatu ketika dahulu.

Malah ramai yang teruja untuk menonton drama yang digarap oleh penulis, Nadia Khan atau lebih dikenali sebagai Neddo Khan.

SiTik Tok mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Siti yang sering berkongsikan video-video menarik di setiap pelusuk kampung. Apa saja aktiviti orang kampung akan dijadikan bahan karya Siti dalam video TikTok. Keluarga tunangnya mula rasa malu dengan obsesinya dan mendesak Harun untuk memutuskan hubungan dengan Siti.

Jangan lupa menonton SiTik Tok pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 – 10.30 malam di TV3 dan perkhidmatan penstriman WeTV selepas satu jam tayangan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Nov 2021

2 Kali Lafaz, Haqiem Rusli Kini Bergelar Suami… Netizen Terpesona Lihat Kecantikan Isteri – “Umur 19 Tahun, Comelnya”

Dengan dua kali lafaz, penyanyi popular, Haqiem Rusli, 23, sah bergelar suami kepada ahli perniagaan, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19. Merpati dua sejoli ini selamat bernikah di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya kira […]

Featured Sat, 6 May 2023

[VIDEO] Luah Rasa Rindu Nak Travel, Neelofa Pilih Berehat Seketika & Mahu Bina Keluarga – “Buat Anak, Dah Besar Baru Bercuti Sama”

Wahh bestnyaaa!! Penting untuk mencipta memori dan kenangan manis dengan anak-masa masa kecil, lepastu baru bercuti luar negara ❤️❤️

LIFESTYLE Thu, 25 Apr 2019

Spoil Mum & Dad This Parents’ Day with Classic Time Pieces

They’re gorgeous watches which your parents will absolutely treasure.

Featured Tue, 30 Oct 2018

Anak Ini Kongsi Kisah Bapanya Dapat Ijazah Pada Umur 69 Tahun

Bapa ini mempunyai 5 orang anak dan 12 orang cucu.

Drama Thu, 12 Mar 2020

Amelia Henderson Derita Dalam “Rindu Yang Terindah” ?

Antara kasih dan benci, dapatkah Airis bertahan dalam perkahwinannya?

Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Hiburan Tue, 6 Feb 2024

Izzue Islam & Forteen Bersatu Kembali Dalam ‘Noktah Epilog Cinta’

Ini bukan berdua bersatu dah ni, ini berempat bersatu!