Hiburan By: Fatin Nurain February 6, 2024 @ 3:27pm

Izzue Islam & Forteen Bersatu Kembali Dalam ‘Noktah Epilog Cinta’

Penyanyi Izzue Islam dan kumpulan Forteen, baru sahaja melancarkan lagu terbaharu mereka yang berjudul, Noktah Epilog Cinta, selepas hampir enam tahun menyepi.

Penyatuan semula ahli kumpulan itu menerusi kolaborasi tersebut sekali gus menjadi buah tangan buat peminat mereka yang rindu melihat mereka bersatu kembali.

Menerusi perkongsian di TikTok, Izzue telah memuat naik potongan muzik video lagu terbaharu mereka itu.

@izzueislam rindu? 🫀♥️ #noktahepilogcinta ♬ Noktah Epilog Cinta – Forteen & Izzue Islam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa teruja dan kagum dengan penyatuan semula kumpulan itu.

Sekadar info, Izzue merupakan bekas ahli anggota kumpulan Forteen yang turut dianggotai oleh Ariz Lufias, One Sharifuddin dan Ameerais Azhar.

Sebelum ini, nama mereka mula melonjak naik bahkan menjadi kegilaan ramai wanita menerusi lagu Berdua Bersatu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Oct 2020
Hiburan Tue, 20 Mar 2018

“Suara Ke Laut” Janna Nick DiKecam Hebat Nyanyi Lagu Sufian Suhaimi

Menerusi video yang dimuat naik dilaman Youtube baru-baru ini, Janna dilihat menyanyikan lagu tersebut sambil diiringi alunan bunyi gitar oleh suami kepada Sheila Rusly, Jinggo

Trending Sun, 3 Nov 2019
Featured Sun, 12 Sep 2021
Featured Thu, 7 Apr 2022

“Denda RM100,000… COVID-19 Nak Masuk 3 Tahun, Kenapa Baru Sekarang?” – Netizen Pertikai Keperluan Memakai Pelitup Muka Perakuan SIRIM

Menurut pihak kerajaan, tujuan pemakaian pelitup muka SIRIM adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat..

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Hiburan Sun, 24 Dec 2023