Hiburan By: Maya Basir July 26, 2023 @ 5:37pm

Hadir Ke ABPBH 35 Bersama Keluarga Mentua Jadi Tanda Tanya, Respons Puteri Sarah Paling Win!

Timbul tanda tanya netizen apabila pelakon Puteri Sarah hadir ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH35) bersama bekas keluarga mentuanya.

Menerusi perkongsian di TikTok @ras_shoppe, Sarah tampil memberi penjelasan semasa sedang membuat siaran langsung di TikTok miliknya tentang persoalan tersebut.

Menurutnya, bapa mentuanya adalah seorang pengarah filem iaitu Datuk Yusof Haslam dimana turut diundang bersama ke anugerah tersebut.

“Dah sah-sah lah dia tu siapa mestilah dapat jemputan juga. Lepas tu mestilah dia akan tanya Sarah pergi tak? Sarah tercalon kan? Ya, Sarah pergi. Okay kita pergi sama-sama eh,” jelasnya.

@ras_shoppe ADA2 JE NITIZEN NI🫣#seo #CapCut #foryoupage #fyp #puterisarahliyana #puterisarah #abpbh35 ♬ original sound – Lazim Production 01

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan mungkin individu tersebut tidak mengetahui pekerjaan bapa kepada pengarah Syamsul Yusof.

“Yang tanya tu budak baru lahir tahun lepas kot. Tak kenal Datuk.

“Yang tanya tu mesti tak pernah tengok Gerak Khas.

“Entah-entah yang cakap tu tak kenal siapa Datuk Yusof Haslam,” komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Yang Tanggung Segala Derita” – Puji Menantu, Patimah Dedah Puteri Sarah Besar Hati Maafkan Individu Yang ‘Zalim’ Kepada Diri & Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Jul 2021
Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Chef Adu Pamer Aksi Mengghairahkan?

Gambar Chef Adu ini sekaligus mengundang pelbagai komen dari followers beliau yang rata-rata kagum dengan gambar yang dimuat naik oleh chef kesayangan mereka ini

Hiburan Mon, 30 Dec 2019