Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 30, 2023 @ 6:53pm

Ernie Zakri Kenang Saat Jatuh Bangun, Rasa Tak Diterima & Mahu Berhenti Menyanyi – “Saya Rasa Diri Tak Bagus” 

Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri mengenang kembali pahit getir yang pernah dilaluinya di awal pembabitannya sebagai seorang anak seni suatu ketika dahulu.

Menurut laporan Harian Metro, kongsi Ernie, dia pernah merasakan kemunculannya di arena muzik tanah air ditolak sekali gus membuatkan dirinya hilang keyakinan untuk meneruskan karier.

“Memang ketika itu keputusan yang sangat muktamad, kalau boleh saya langsung tak nak berdiri di atas pentas.

“Pada masa itu, saya sudah lapan tahun dalam industri, rasanya sudah hampir 20 lagu ketika itu namun masih tidak diterima.

“Saya penuh dengan perasaan marah dan tidak boleh terima serta hilang rasa percaya pada diri sendiri. Malah, saya rasakan diri juga tidak bagus kerana ditolak berkali-kali.

“Sekali gus membuatkan saya rasa seperti tidak layak untuk berada dalam industri ketika itu.” katanya.

Enggan mudah berputus asa, suri hati kepada penyanyi Syamel ini terus melangkah ke hadapan dengan semangat yang diberikan orang tersayang.

Ujar Ernie, ibunya iaitu Rafiaah Mohamed adalah insan yang membakar semangatnya untuk terus berjuang menghasilkan karya terbaik demi peminat tersayang.

“Namun, saya bersyukur kerana ibu saya menjadi penguat semangat dan meminta saya untuk tidak berhenti.

“Malah, ibu juga meminta saya meneruskan apa yang saya minat. Tegasnya, apa yang berlaku berbalik pada rezeki.

“Apabila direnungkan semula, saya bersyukur kerana mendengar kata ibu saya. Kalau tidak, mungkin saya tidak berada di sini sehingga ke hari ini,” kongsinya.

Sepanjang tempoh tersebut, Ernie telah mengeluarkan lebih 20 lagu namun masih belum diterima ramai.

“Kalau diikutkan saya sudah bermula sejak tahun 2009 dan tampil dengan album pertama pada tahun 2011. Jadi, Aura diibaratkan seperti album kedua saya.

“Sepanjang 12 dan 13 tahun itu, pelbagai kepayahan yang telah saya tempuhi untuk menjadi Ernie Zakri seperti hari ini.

“Saya menggunakan kembali emosi yang pernah saya lalui itu diterjemahkan dalam lagu,” katanya.

Untuk info, Ernie bakal tampil dengan album baharu berjudul Aura pada 3 November depan.

Album Aura memuatkan 10 naskah lagu ciptaan komposer terkenal Malaysia dan Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Lagu Hasil Sentuhan Komposer Terkenal Malaysia & Indonesia, Ernie Zakri Teruja Lancar Album ‘Aura’ Pada 3 November Ini!

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Puji Kemampuan Vokal Ernie Zakri, Doakan Bersinar Dalam Industri Muzik Tempatan & Antarabangsa – “Saya Sangat Kagum…”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Aug 2022

‘Setiap Manusia Diberikan Ujian Pelbagai Cara’ – Umie Aida Tegur Netizen Mengenai Komen Pada Elyana

Pelakon Datin Seri Umie Aida menegur sikap masyarakat dan pengguna laman sosial terhadap komen yang ditujukan kepada penyanyi Elyana. Hal ini susulan tindakan Elyana yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab hingga menjadi bualan hangat […]

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

“Fatima Adalah Segalanya, Tiada Masa Untuk Saya Bersedih” – Nur Fazura

Nur Fazura sambut syawal di kampung bersama Fatima, sumber kekuatan buat dirinya

Trending Wed, 22 Jan 2020

Lok U Meninggal Dunia

Innalillah wa inna ilaihir roji’un…

Trending Tue, 7 Apr 2020

“Saya Tahu Ucapan Saya Jadi Lagu Rap, Kayuh Basikal Dalam Rumah Dan Trend Pakai Baju Kelawar Isteri” PM Akui Ianya Luar Biasa!

Rakyat Malaysia teruja dengan ucapan PM kali ni! Kalau semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat berseloroh dalam ucapannya mengenai aktiviti yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP. Malah, PM juga sempat memberitahu […]

error: Content is protected !!