Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 16, 2023 @ 5:48pm

Siti Nurhaliza Puji Kemampuan Vokal Ernie Zakri, Doakan Bersinar Dalam Industri Muzik Tempatan & Antarabangsa – “Saya Sangat Kagum…”

Selepas tampil memukau di pentas Konsert Satu Suara Vol. 3, ternyata ramai yang masih terngiangkan persembahan mantap tiga penyanyi hebat tersebut iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jay Jay dan Ernie Zakri, Sabtu lalu.

Siti, Jay Jay dan Ernie yang berpadu suara dalam satu pentas nyata memberikan kepuasan kepada kira-kira 3,000 penonton yang hadir di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur.

Konsert amal anjuran Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd tersebut turut mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat tiga figura hebat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Luar Biasa! Konsert Satu Suara Vol. 3 Sukses, Paduan Vokal Siti Nurhaliza, Jay Jay, Ernie Zakri Puaskan 3,000 Peminat

Malah terbaharu, Siti Nurhaliza menerusi hantaran di Instagram (IG) turut memuji Ernie Zakri dalam menjayakan Konsert Satu Suara Vol. 3 yang berlangsung dengan penuh cemerlang itu.

“Saya sangat kagum dengan keperibadian Ernie Zakri dan kualiti vokal yang ada padanya, beliau mencantikkan lagi lagu saya,” luah Siti.

Dalam pada itu, pelantun lagu Wajah Kekasih itu turut mengharapkan perjalanan karier seni Ernie berkembang bukan sahaja di arena muzik tempatan malah antarabangsa.

“Doa saya Ernie terus teguh & bersinar di dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa. Aamin,” harapnya.

Ernie yang ditemui seusai menjayakan persembahan meluahkan rasa teruja apabila dapat berkongsi pentas bersama Siti Nurhaliza dan Jay Jay.

“Saya tak pasti bila lagi saya akan dapat peluang ini, malam ini adalah kenangan dalam karier saya yang baru saja dalam industri.

“Tak sangka dalam vol. 3 ini ada nama saya, kalau ditanya soal perasaan saya, saya mungkin tak akan ‘move on’ sampai bila-bila dari Konsert Satu Suara ini.

“Banyak yang kami rancangkan dan apa yang penonton lihat pada malam ini adalah rezeki yang saya mampu sampaikan, Alhamdulillah,” ujar Ernie.

Menurut Ernie, dia akui gementar apabila berduet menyampaikan medley lagu Gundah dan Wajah Kekasih bersama Siti Nurhaliza sehingga mendapat tepukan gemuruh penonton.

“Saya cadangkan banyak lagu Siti Nurhaliza yang saya teringin nak nyanyi bersama dengan beliau tapi yang terbaik adalah Wajah Kekasih. Saya tahu lagu tersebut antara lagu yang sukar untuk dibawa.

“Sudah tentu saya gementar, saya tak banyak lagu. Jadi saya bagitahu Kak Siti, ‘kita nyanyi lagu gundah saja. Alhamdulillah, apa yang penonton saksikan itulah yang kami rancangkan.

“Banyak juga senarai lagu yang saya berikan, seperti Biarlah Rahsia, Azimat Cinta dan Seindah Biasa,” kongsi Ernie lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Dedah Suara ‘Total Lost’ Sebelum Konsert Satu Suara Vol. 3 – “Saya Tetap Kena Menyanyi, Tak Ada Plan B”

Konsert Satu Suara menjadi tradisi buat Siti Nurhaliza untuk berpadu suara dengan penyanyi-penyanyi hebat lain di satu pentas.

Konsert Satu Suara Vol. 3 dibawakan Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Sep 2019

Ini cara untuk kira berapa sudu gula yang ada dalam minuman anda

Bayangkan berapa banyak gula yang anda ambil!

Featured Fri, 4 May 2018

12 Foto Hasil Pembedahan Plastik Warga Korea Yang Mengejutkan, No. 11 Paling Ketara!

Ada prosedur yang tak berapa nak jadi. Tapi kalau berjaya, transformasinya memang amazing!

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

‘Bila Nak Kahwin Betul-Betul?’, Peminat Suruh Remy Ishak Melamar Mira Filzah

Sweet betul tengok pasangan ini dalam Pujaan Hati Kanda kan?

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Malam Yang Indah Untuk Peminat… Muse Pukau Lebih 50,000 Penonton!

Konsert Muse Will Of The People World Tour 2023 sukses!

Hiburan Thu, 29 Aug 2019
Featured Thu, 6 Apr 2023

“Kalau Tak Ada Tiga Benda Ni, Rumah Tangga Tak Akan Kekal…” – Tajul Ariff Kongsi Tips Kahwin Muda 

Nak berkahwin di usia muda ni bukan senang guys 😣 Make sure betul betul ready ok!

Featured Fri, 2 Sep 2022

Zaidi Omar Dedah Rahsia Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun

Patutlah nampak muda dan sihat je selalu.. Boleh amalkan petua ni 😁

Featured Tue, 25 Mar 2025

Dakwa Rekaan Samping Hak Milik Suami Diciplak, Tyra Kamaruzzaman Dedah Bukti El Azman Cuba Mengelat?

El Azman didakwa melakukan plagiat terhadap rekaan samping suami Tyra Kamaruzzaman.

error: Content is protected !!