Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 14, 2023 @ 8:43pm

Ernie Zakri Dedah Suara ‘Total Lost’ Sebelum Konsert Satu Suara Vol. 3 – “Saya Tetap Kena Menyanyi, Tak Ada Plan B”

Dalam kemeriahan Konsert Satu Suara Vol. 3 yang berlangsung semalam, penyanyi Ernie Zakri mendedahkan dia mengalami masalah kehilangan suara sebelum menjayakan konsert tersebut, pada Sabtu.

Menurut Ernie, dia sempat mendapatkan rawatan bagi melegakan kesakitan yang dialaminya agar dapat beraksi dengan baik pada konsert yang dijayakan bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Jay Jay tersebut.

“Suara saya ‘total lost’ pagi tadi. Kebetulan dua ke tiga hari ini, tekak saya dah rasa tak selesa sebab itu saya tidak hadir latihan terkahir kerana saya takut tidak boleh buat persembahan pada malam hari.

“Sempatlah saya dapatkan bantuan, dapatkan suntikan antibiotik untuk pulihkan semuanya, Alhamdulillah.

“Gementar juga sebenarnya tapi saya ada semangat dari dua insan iaitu Datuk Seri Siti dan juga Abang Jay Jay yang sentiasa sokong dan beri segala tips,” dedah Ernie kepada media di sidang akhbar Konsert Satu Suara Vol. 3 di Hotel Park Royal, tengah malam tadi.

Dalam pada itu, pelantun lagu Ku Bersuara itu turut mengakui tidak mempunyai jalan lain sebaliknya harus meneruskan konsert amal anjuran Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd itu.

“Suami saya adalah ‘runner’ untuk hari ini untuk beli semua ubat-uabtan yang disarankan oleh Abang Jay Jay dan Datuk Seri Siti. Alhamdulillah, semua dipermudahkan.

“Saya tetap kena menyanyi sebab dalam kepala saya tak ada ‘plan B’. Nak tak nak, saya kena pergi dapatkan rawatan.

“Ini kali kedua saya hilang suara pada konsert yang berskala besar, mungkin kerana keletihan dan kurang rehat,” ujarnya.

Konsert yang berlangsung di hadapan kira-kira 3,000 penonton itu menyaksikan Ernie menyampaikan lagu-lagu hitnya antaranya Gundah, Korban, Ku Bersuara, Boneka dan juga Astana.

ARTIKEL BERKAITAN: Luar Biasa! Konsert Satu Suara Vol. 3 Sukses, Paduan Vokal Siti Nurhaliza, Jay Jay, Ernie Zakri Puaskan 3,000 Peminat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Achey Hadiahkan Isteri Kereta Mewah!

Bertemakan sukan dan santai, majlis meraikan hari jadi Anne berlangsung di sebuah bengkel kereta milik kawan Achey di Shah Alam

Hiburan Tue, 12 Aug 2025

“Kalau Dah Jodoh, Tak Salah Ibu Tunggal Berkahwin Dengan Lelaki Muda” – Emma Maembong 

Emma Maembong anggap wanita berusia kahwin lelaki bujang perkara biasa

Events Tue, 27 Aug 2019

《春天花花花啦啦》开拍!与陈慧恬对戏原腾直呼「没得选」

八度空间《春天花花花啦啦》开拍!四演员加盟「花啦啦」系列,新人原腾将与陈慧恬对戏,让他直呼:没得选!

Featured Mon, 12 Jan 2026

Balas Komen Netizen Isu ‘Malu’ Ada Kawan Tak Pandai Bergaya, Fazura Tampil Respons – “Saya Tak Segan, Tapi Ada Syarat”

Fazura menegaskan, dia sama sekali tidak berasa segan untuk berkawan atau membantu rakannya yang kurang mahir mengenai penampilan diri.

Hiburan Fri, 6 Feb 2026
Trending Wed, 1 Aug 2018
Featured Mon, 23 Dec 2024

Merinding! Showcase Back To Basic Ekspresi Cinta Misha Omar Buat Peminat

Terbuai, sebak dan rasa intimate, pastinya peminat dan penonton yang hadir berasa puas!

error: Content is protected !!