Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain September 1, 2023 @ 11:00am

Mengaku Terlepas Pandang Buat Review Sehingga Tular, Da’i Syed Tampil Beri Penjelasan – “Dia Kata Sudah Terlambat…”

Pendakwah selebriti Da’i Syed mengakui kecuaiannya terlepas pandang untuk membuat satu ‘review’ produk milik seorang wanita biarpun sudah dibayar oleh pihak tersebut.

Terdahulu, Syed menjadi perhatian dalam kalangan warganet selepas tular sebuah video seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikapnya apabila tidak membuat ‘review’ produk yang sudah dibayar.

Difahamkan menerusi video tular itu, akhirnya wanita itu berjaya menyelesaikan isu tersebut selepas mesejnya tidak dibalas oleh pendakwah berkenaan hampir setahun berlalu.

Menurut Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful, dia sudah menyelesaikan isu tersebut dengan wanita berkenaan sepenuhnya selepas memulangkan semula bayaran yang diterima.

“Mengenai isu saya tak buat ‘review’ produk yang tular di media sosial baru-baru ini, sudah selesai sepenuhnya. Saya dah hubungi wanita itu dan memohon maaf kepadanya. Saya juga memulangkan semula wang yang dibayarnya.

“Apabila ramai sangat orang minta nak buat ‘review’ produk dan kadang kita terlepas pandanng. Itu kecuaian saya dan saya sudah pun memohon maaf kepada kakak berkenaan.

“Itu kesalahan saya tak baca mesej dia dan apa saja sebab saya cuai. Malah, ‘review’ yang diminta itu pun hanya di Instagram Story saja,” katanya.

Tambah Syed, isu tersebut turut menjadi tular di TikTok namun, wanita itu enggan menurunkan semula video berkenaan biarpun sudah menerima bayarannya semula.

“Saya juga minta wanita itu menurunkan video tersebut di Tik Tok dan dia kata sudah terlambat. Saya pun okay saja dan tidak mengapa kalau dia tidak mahu menurunkan video itu.

“Apa yang penting bagi saya, masalah antara kami sudah diselesaikan sepenuhnya. Saya kini tidak lagi berhutang apa-apa kepadanya,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Tue, 26 Dec 2017

张祖诚比赛唱一半中断!全场评审傻住

大马创作歌手张祖诚在24日播出《不凡的改变》中,致敬周蕙《好想好好爱你》,他的微醺嗓音,让所有评审包括原唱周蕙都按铃通过。没想到当最后一位评审按铃,全场灯亮时,张祖诚却突然停下来傻笑,引起现场一片惊呼。

Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Hiburan Wed, 26 Feb 2025
Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Stephen Chow Sahkan Filem Aksi Komedi, Kung Fu Hustle 2

Stephen Chow Sahkan Filem Aksi Komedi, Kung Fu Hustle 2 Dalam Pembikinan

Hiburan Tue, 18 Jun 2024
Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Wed, 13 Nov 2024
error: Content is protected !!