Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 23, 2023 @ 7:16pm

Meremang! Gabungan Suara Ernie Zakri, Elly Mazlein & Rina Nose Dipuji Mantap -“Ulang Banyak Kali Tetap Tak Puas”

Terkenal dengan keletahnya mengacarakan program hiburan popular, aksi pengacara Rina Nose dan Elly Mazlein sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan peminatnya.

Menerusi perkongsian di TikTok, kedua-dua pasangan pengacara itu bersama penyanyi popular, Ernie Zakri menghangatkan pentas apabila bergabung suara menyanyikan lagu Cinta yang dipopularkan oleh Melly Goeslaw.

Dalam perkongsian tersebut, Rina dan Elly terlebih dahulu menyanyikan lagu itu sebagai lagu pembukaan, sebelum rata-rata penonton berasa ‘goosebump’ dengan lontaran vokal daripada pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL 32), Ernie Zakri.

 

Melihat kepada persembahan itu, peminat ketiga-tiga selebriti ini teruja sekaligus memuji vokal mereka yang disifatkan sangat serasi sehingga mereka tidak puas menyaksikan nyanyian tersebut.

Bahkan, sokongan itu turut diterima daripada peminat-peminat di Indonesia.

“Harmoni gila nyanyai Rina, Elly dan Kak Nini. Trio yang best!

“Ulang banyak kali sebab best sangat dengar!Suara Rina,  blend sangat dengan suara Ernie.

“Aura Ernie ni dah mula muncul..memang bakal legend.

“Mod serius best, mod lawak pun best.

“Love teruk kak Lina punya low notes, sedap teruk!

“Baru kali ini ngefans sama hos di Malaysia.

“Indonesia dan Malaysia memang sudah erat dalam bermuzik.

“hos nyanyi lagi best dari peserta,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 500,000 tontonan dengan menerima lebih 34,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Apr 2022

Jangan Risau… Wang Pengeluaran Khas KWSP Akan Masuk Akaun Sebelum Raya

Penjelasan Tengku Zafrul tentang Pengeluaran Khas KWSP

Hiburan Mon, 9 Feb 2026

Amal Jariah Buat Palestin, Aeril Zafrel ‘Berjuang’ Dalam Mini Filem ‘Taufan Al-Aqsa’

Aeril membawakan watak Ahmad, seorang ejen Al-Qassam yang berjuang mempertahankan bumi Palestin

Hiburan Wed, 31 Oct 2018

#DramaTonton; MATA KETIGA Bakal Goncang Emosi Bermula Hari Ini!

Ritual ini memang dianggap kolot, berdosa namun ada yang berani-berani mencuba.

Hiburan Sun, 22 Oct 2023
Trending Sun, 24 Apr 2022

Laporan PAC Mengenai Perolehan MySejahtera Dibentang Julai Ini

Perolehan Mysejahtera dibentang Julai ini

Featured Sun, 10 Sep 2023
Hiburan Wed, 12 Sep 2018

四人飙唱《不曾告别》摇滚版!潘越云、齐豫、娃娃和郑怡「云顶开战」

华语乐坛跨时代的「仙级」女歌手齐豫、潘越云、郑怡和娃娃(金智娟)将于11月10日(星期六)在云顶云星剧场首度同台开唱!

Hiburan Tue, 10 Mar 2020
error: Content is protected !!