Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir October 12, 2023 @ 12:50pm

Bekas Adik Ipar Tampil Pertahan Shila Amzah, Dakwa Bekas Suami Tiada Kerja Tetap & Culas Bayar Nafkah Anak… Amir Syafiq Bertindak Kunci Mulut?

Bekas adik ipar kepada Shila Amzah yang dikenali sebagai Anis tampil meluahkan rasa simpati kepada penyanyi itu ketika pergolakan keluarga sedang hangat diperkatakan.

Memetik laporan mStar, Anis atau Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis, 31, menganggap konflik yang berlaku antara Shila dan bekas suami, Amir Syafiq sebagai satu kirafah atas perbuatan silamnya.

“Saya bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak! Tetapi apa yang dikatakan oleh Shila itu mungkin kerana dia sudah sampai batas kesabarannya. Dia sudah tahan dan pendam lama tentang apa yang berlaku.

“Apa yang berlaku ni saya anggap kifarah atas perbuatan dia (Syafiq) kepada anak. Cuma dalam hal ini saya juga kasihan kepada bekas ibu mentua kerana dia yang tanggung semua perbuatan anak-anak,” katanya.

Selain itu, Anis mendakwa Syafiq dari dulu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sering meminjam wang daripada teman terdekat dengan alasan mahu membayar nafkah anak.

“Dia ada bagi anak duit nafkah tapi banyak kali culas. Kalau saya senyap dia pun hilang. Sudah tujuh tahun kami berpisah ceritanya sama sahaja.

“Dia juga ada meminjam duit daripada rakan-rakan kononnya untuk beri nafkah anak, tetapi saya tidak terima pun wang tersebut. Macam mana dia nak bayar nafkah kalau tiada kerja tetap?

“Saya pernah nasihatkan supaya dia berubah. Kalau tidak dapat bayar nafkah penuh cukuplah sekadar RM20 seminggu untuk keberkatan,” ujarnya.

Sementara itu, Anis menganggap tindakan Syafiq membangkitkan isu Shila menjual rumah di media sosial bertujuan memperlihatkan diri sebagai mangsa keadaan.

Malah, dia mendakwa Shila pernah menjadi mangsa keganasan fizikal adiknya sendiri selain Syafiq bertindak menjual barangan di rumah untuk mendapatkan duit.

“Orang tidak tahu dia pernah buat kekasaran. Kau play victim. Dia pernah jual gitar dan piano di rumah kerana mahu dapatkan duit,” jelasnya.

Susulan dakwaan bekas isterinya mengenai culas membayar nafkah, Amir Syafiq diajukan soalan bertubi-tubi ketika siaran langsung di TikTok pada malam Rabu.

Menurut Syafiq, dia memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut dan sebaliknya hanya fokurs kepada kemelutnya dengan Shila.

“Tentang hal peribadi saya tu, saya lebih tahu kot. Tak mengapa, settle sendiri sahaja. Tanya pasal Shila je,” katanya.

Untuk rekod, Syafiq dan Anis mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata namun telah sah bercerai pada 15 Jun 2016.

Terdahulu, kemelut anak-anak penyanyi Datuk ND Lala bermula selepas adik bongsu Shila iaitu Syada mendedahkan kediaman mereka bakal dijual sedangkan dia tidak mengetahui perkara itu.

Tampil perjelaskan tujuan, Shila memberitahu dia berhak berbuat demikian dan bakal membeli kediaman baru untuk ibu mereka.

Namun, Syafiq pula mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut atas dasar duit semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah Guna Kuasa Veto, Shila Amzah Nafi Halau Keluarga… Dedah Tujuan Sebenar Mahu Jual Rumah – “Bila Ibu Bapa Cerai, Rumah Tu Banyak Kisah Silam Yang Kita Tak Nak Ingat”

ARTIKEL BERKAITAN: “Korang Ingat Tak Berjuta Ke Bapa Aku Invest Dekat Dia?” – Adik Lelaki Tampil Perjelas Isu Rumah Nak Dijual, Shila Amzah Bengang Kena ‘Mute’

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Lelaki Dakwa Shila Amzah Tendang Pintu Rumah & Gelar Ibu Tak Ada Otak?

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis Ketika Live… Luah Rasa Kecewa, Shila Amzah Sifatkan Syafiq Narcissistic

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Jul 2019

K-Clique Cipta Kelainan Dengan ‘Mimpi’

K-Clique yang dianggotai lapan anak muda berasal daripada Kota Kinabalu pastinya mencipta kelainan dan mampu memenuhi citarasa pendengar Hip Hop tempatan.

Selebriti Wed, 18 Mar 2026

Chef Riz Kembangkan Kerjaya Kulinari Dengan Restoran Baharu

Chef Riz terus mengorak langkah dalam dunia kulinari.

Hiburan Tue, 31 Aug 2021

Dapat Bayi Merdeka, Issey Fazlisham Sambut Kelahiran Anak Sulung

Pelawak dan pelakon, Issey Fazlisham atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 34, menyambut kelahiran anak sulung di Hari Kemerdekaan yang ke-64. Isteri Issey, Noor Aimi Jamel selamat melahirkan anak lelaki mereka pada jam 1.48 petang […]

Hiburan Tue, 2 Apr 2019

2019《中国新说唱》全球选拔赛!马来西亚预选赛420举行

第二季《中国新说唱》2019全球选拔赛!马来西亚预选赛4月20日,,招揽大马说唱爱好者参与其盛!

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Tambah Anak Lagi? Nanti Dulu…

Dalam masa sama, penyampai radio Hot FM ini bersyukur dianugerahkan bayi perempuan yang melengkapkan keluarga kecilnya.

Hiburan Sat, 14 Sep 2024
Hiburan Mon, 28 May 2018

Video Lucah Syafiq Kyle M*****p Jadi Buruan!

Lebih memeranjatkan, video itu mula tular sejak malam tadi di laman Twitter dan boleh dibeli pada harga RM 20. Hurm… betul ke ni?

error: Content is protected !!