Euforia Bola 2026
Trending By: Del14 January 22, 2020 @ 12:22pm

Lok U Meninggal Dunia

Komposer dan pengarah muzik terkemuka tanah air, Lok U atau nama sebenarnya Faizal Uzir meninggal dunia kira-kiram jam 11 pagi tadi (Rabu). 

Allahyarham yang berusia sekitar 40-an difahamkan mengalami sesak nafas selepas pulang dari berjogging dan rebah di kediamannya di Puncak Jalil, Seri Kembangan. 

Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian dan kemudian akan dibawa pulang ke kediamannya untuk memberi peluang ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai melawat jenazah buat kali terakhir. 

Allahyarham meninggalkan isteri, Jamariah Yusof dan empat orang anak iaitu Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Dania. 

Lok-U merupakan antara pemuzik yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen termasuklah program Mentor Milenia 2019 beberapa bulan lepas. 

Lok-U juga mengiringi konsert Jaclyn Victor dan penyanyi terkenal Indonesia, Judika tahun lepas dengan bermain piano di Dewan Filharmonik Petronas atau  Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).

Kami dari team XTRA mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmah. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Jun 2023

Kasih Iris Leona Mahu Therapist, Ini Respons Azhar Sulaiman

Azhar ni memang daddy yang sempoiii 😢 💪🏻

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Trending Wed, 18 Nov 2020
Featured Fri, 13 Jun 2025

[VIDEO] Isteri Menangis Black Hanifah Hadiahkan Kereta Mewah – “Bukan Sebab Hari Istimewa, Tapi Dia Sendiri Adalah Istimewa”

Black beri hadiah berupa kereta mewah jenis Mercedes Benz-AMG GLC43 buat isteri tercinta.

Featured Wed, 10 Dec 2025

Peminat Cilik Terima Komen Kurang Manis, Fazura Tampil Pertahan – “Cantik Itu Hanya Milik Allah”

Katanya lagi, budaya membandingkan siapa lebih cantik sepatutnya tidak menjadi ukuran.

error: Content is protected !!