Bengang Dengan Gimik Haqiem Rusli, Ini Pesanan Padu Caprice

Sebelum ini Haqiem Rusli pernah memuat naik dan membuat kenyataan bahawa beliau akan berhenti dari dunia hiburan. Namun, beberapa hari lepas,  Haqiem Rusli tampil sekali lagi memberi kenyataan yang membuatkan ramai rakan artis bengang dengan tindakannya itu kerana penyanyi Tergantung Sepi tersebut menyifatkan kenyataannya sebelum ini hanyalah gimik semata-mata.

 

Mengundang kecaman daripada peminat dan rakan artis yang lain, Caprice sekali lagi muncul dan menyampaikan pesanan padu buat Haqiem Rusli dan pihak pengurusannya. Mana taknya, siapa lah agaknya yang tidak marah dan bengang sekiranya ditipu kan? Sebab sebelum ni pun Caprice antara rakan artis yang turut memberi semangat buat Haqiem Rusli.

 

Ternyata, gimik depresi ini bukan lah satu perkara yang boleh dibuat main-main ye. Kalau pun mahu menarik perhatian untuk pelancaran album terbaru, Haqiem Rusli tidak sepatutnya memainkan perasaan peminat dan rakan artis lain yang sentiasa percaya dengan bakat dan kemampuan beliau sebagai seorang penyanyi. Jangan terikut-ikut sangat dik dengan depresi artis k-pop! 

Apapun, semoga Haqiem Rusli belajar dari kesilapan okay!
Salma Syahbuddin