Bengang Dengan Hantaran Adam Shahz, Fatin Afeefa Dedah Bekas Suami Menipu & Tabur Fitnah – “Move On Lah 5 Tahun Dah”

Baru-baru ini, pelakon Fatin Afeefa dilihat memuat naik sebuah tangkap layar komen yang ditinggalkannya pada hantaran bekas suaminya, Adam Shahz di TikTok.

Menerusi hantaran tersebut, Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, dilihat bengang dengan tindakan bekas suaminya yang juga merupakan seorang pelakon.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Hantaran Kes Perceraian, Adam Shahz Dedah Kawan Tunjuk Foto Bekas Isteri Dengan Lelaki Lain Di Pub?

Bagi menjelaskan perkara sebenar, Fatin mengambil pendekatan dengan berkongsi komen yang ditulisnya pada hantaran tersebut kerana telah dipadam.

“Just in case tak jumpa comment I dekat video sebelah, this is my reply,” tulis Fatin.

Fatin Afeefa dilihat menafikan segala dakwaan yang ditulis di hantaran Adam malah menyifatkan ia sebagai satu fitnah.

Bukan itu sahaja, Fatin turut mendedahkan bahawa bekas suaminya itu tidak pernah memberi nafkah kepada anak-anaknya selama 4 tahun.

“Dah la menipu, ajak orang tambah dosa, fitnah lagi. Itu je la mampu pun.

“Dah tua dah… dah dah la tu, move on la… 5 tahun dah.

“Kesian la kat girlfriend tu, tak habis-habis dengan ex-wife,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan mereka mengikuti mengenai kisah perceraian Fatin Afeefa dan Adam Shahz dari dulu.

Malah, ada yang mempersoalkan kepada Adam Shahz mengenai anak kerana sebelum ini dia menyatakan anak kandungnya hanya seorang tetapi dalam hantarannya sebelum ini mengakui mempunyai dua orang anak.

Untuk info, Fatin Afeefa telah mendirikan rumah tangga pada 2013 namun mengambil keputusan untuk berpisah pada 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Atiqah Johari