[VIDEO] “Bukan Anna Jobling Tu Boleh Undur Diri Sebelum Kena…” – Menari Lagu Swipe Di TikTok, Ketampanan Meerqeen Bikin Peminat Tak Keruan

Sebut sahaja nama pelakon Meerqeen, pasti ramai peminat yang mengenali sosok anak muda berusia 21 tahun ini apatah lagi, selepas kejayaan drama lakonannya, Melur Untuk Firdaus bersama pelakon Anna Jobling mendapat sambutan di dalam dan luar negara.

Terbaru, Meerqeen sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik video di TikTok, memaparkan dirinya sedang memakai topi sambil menari berlatar belakangkan lagu terbaharu nyanyian Alyph berjudul Swipe.

Dek kerana perkongsian tersebut, rata-rata peminat tampil membanjiri ruangan komen dengan memuji ketampanan Meerqeen malah ada yang sanggup menonton video berkenaan berulang kali.

Sehingga kini, video TikTok tersebut telahpun mencecah lebih 3 juta tontonan dan menerima lebih 500,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Khamis.

“Very the choosen one ah…,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@meerqeen Very the chooooosy one ahhhh 🥱 #fyp #foryou #foryoupage ♬ SWIPE – ALYPH

 

Terdahulu, perkongsian MK K- Clique menyanyikan lagu Swipe juga mencuri perhatian warganet apabila tindakannya menggigit strereng kereta meraih lebih 800,000 tontonan di TikTok miliknya.Sebut sahaja nama pelakon Meerqeen, pasti ramai peminat yang mengenali sosok anak muda berusia 21 tahun ini apatah lagi, selepas kejayaan drama lakonannya, Melur Untuk Firdaus bersama pelakon Anna Jobling mendapat sambutan di dalam dan luar negara.

Terbaru, Meerqeen sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik video di TikTok, memaparkan dirinya sedang memakai topi sambil menari berlatar belakangkan lagu terbaharu nyanyian Alyph berjudul Swipe.

Dek kerana perkongsian tersebut, rata-rata peminat tampil membanjiri ruangan komen dengan memuji ketampanan Meerqeen malah ada yang sanggup menonton video berkenaan berulang kali.

Sehingga kini, video TikTok tersebut telahpun mencecah lebih 3 juta tontonan dan menerima lebih 500,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Khamis.

“Very the choosen one ah…,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

Terdahulu, perkongsian MK K- Clique menyanyikan lagu Swipe juga mencuri perhatian warganet apabila tindakannya menggigit strereng kereta meraih lebih 800,000 tontonan di TikTok miliknya.

Salma Syahbuddin