Bengang Dipanggil B*doh Gara-Gara Ulas Video Lama, Caprice Tampil ‘Sekolahkan’ Netizen

Penyanyi rap, Caprice berang selepas terdapat segelintir netizen yang memanggilnya dengan gelaran kurang sopan dan mengatakan penyanyi dan aktivis kemanusiaan itu bodoh gara-gara didakwa tampil mengulas video lama yang tular baru-baru ini.

Menerusi hantaran terkini di Instagramnya, Caprice dilihat mempersoalkan tindakan individu dalam video berkenaan yang dilihat sengaja mahu menormalisasikan hubungan diantara kedua buah negara.

“Adakah tujuan mereka nak start normalize hubungan tersebut?,” tulisnya diruangan kapsyen.

 

Ekoran tindakannya itu, netizen sempat meninggalkan komen dihantaran berkenaan dengan mengatakan adalah lebih baik sekiranya Caprice menyelidik terlebih dahulu sesuatu isu sebelum tampil memberi kenyataan lanjut.

“Cap, kau ni kalau nak cari isu check la betul-betul. Tak silap akau ada company dah mengaku mereka dah lama buat benda ni. Dah lama bukan masa kerajaan baru ni, bodohnya,” tulis individu berkenaan.

Bagimanapun, tidak hanya berdiam diri Caprice akhirnya meninggalkan komen balas terhadap individu terbabit.

“Kau pula tak reti tengok video ke? Dalam video pun dah cakap ni adalah video lama. Sekarang ni siapa yang bodoh?,” balasnya.

Menjengah di ruangan hantaran berkenaan, individu tersebut bertindak memadam komen yang ditinggalkan kerana menyedari kesilapannya menggunakan perkataan kurang sopan terhadap Caprice.

Terdahulu, Berita Harian melaporakan pihak polis telahpun menjalankan siasatan terhadap penyebaran klip video yang menunjukkan sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku sambil mengibarkan bendera Malaysia bersama-sama bendera milik Israel.

Salma Syahbuddin