Bengang Menunggu 4 Jam, Siti Elizad Naik Angin!

“Lewat satu jam boleh lagi nak dimaafkan. Sebabkan dia seorang lewat, semua benda jadi lambat,” demikian luah pelakon Siti Elizad yang ‘naik angin’ apabila terpaksa menunggu empat jam sebelum memulakan penggambaran.

Siapa yang tak marah kalau terpaksa tunggu lama kan? Menurut pelakon utama drama bersiri Dian itu, kelewatan pelakon itu menyebabkan orang lain turut susah!

“ Saya tidak pernah berhadapan dengan situasi itu dan hanya boleh memaafkan individu tersebut jika lewat satu jam. Semua pihak datang ke lokasi awal sejak jam 8 pagi,” katanya.

Pelakon berusia 34 ini memberitahu pelakon itu sepatutnya berada di set pada pukul 8 pagi tetapi hanya muncul pada pukul 12 tengah hari. OMG, lama tu!

Menerusi laman Twitter Elizad, pelakon tinggi lampai ini meluahkan rasa bengang terhadap seorang pelakon yang lambat tiba di set penggambaran.

“ Pelakon tersebut bukanlah pelakon utama untuk drama yang bakal ditayangkan di NTV7. Kalau dia nak minta maaf bersungguh-sungguh, sepatutnya datang dalam keadaan yang sudah bersiap sedia untuk masuk set terus.

” Tapi dia sampai dalam keadan tak siap lagi. Nak kena tunggu dia bersolek. Skrip pun tak hafal lagi,” katanya kepada salah satu portal hiburan tempatan.

Elizad juga menasihatkan pelakon itu agar menghormati masa orang lain ketika bekerja.

“ Untuk semua, sila hormati masa orang lain itu, kalau tak boleh, sila kerja sendiri.

“Jangan kerja dengan orang. Orang lain cari makan. Kesian yang lain kena menunggu,” katanya.

Drama Dian turut dibintangi oleh Qi Razali, Yasmin Hani, Fazlina Ahmad Daud, Adrea Abdullah, Aleeza Kasim dan Iman Corinne Adrienne.

 

SGMS Faida