Berang Tengok Video Lelaki Kacau Wanita Jalan Seorang Diri, Tiz Zaqyah Dedah Pernah Jadi Mangsa Ragut! – “Tak Pernah Selamat!”

Pelakon jelita, Tiz Zaqyah mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa ragut suatu ketika dahulu di bangku sekolah.

Tiz berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di platform X pada Isnin.

“Zaman jalan kaki ke sekolah dulu pernah kena ragut. Pernah nampak kawan kena ragut depan mata,” tulisnya.

Menerusi hantaran tersebut, Tiz berkongsi semula ciapan seorang wanita yang diganggu oleh lelaki tidak dikenali ketika berjalan seorang diri di tepi jalan.

Aktres filem popular Nur Kasih ini sempat menitipkan pesanan kepada semua pengikutnya untuk lebih berhati-hati terutamanya jika ada motor mendekati sekadar untuk bertanya jalan.

“Flasher orang tua naik motor. Kalau orang tanya-tanya macam ni jangan layan terus.

Kau naik motor, kau tanya perempuan jalan sorang-sorang pun dah masalah. It was NEVER safe. Take care everyone,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Tiz atau nama lengkapnya Siti Zaqyah Abdul Razak meluahkan rasa kesal apabila didakwa enggan berkahwin gara-gara tak mahu anak.

Artikel Berkaitan:

Aqilah Paharuzi