Nak Belajar Bahasa Hindi, Mimi Lana Pasang Impian Berlakon Bersama Aamir Khan

Pelakon jelita, Mimi Lana berkongsi dia amat teringin untuk belajar Bahasa Hindi.

Mimi berkata demikian bagi menjawab persoaalan pengikutnya menerusi pautan Ask Me A Questions di Instagram Story.

“Teringin nak belajar bahasa apa?,” soal netizen.

Jelas Mimi, dia mahu belajar bahasa tersebut kerana mempunyai impian untuk berlakon bersama aktor terkenal India, Aamir Khan.

“Nak belajar bahasa Hindi! Sebab nak berlakon dengan Aamir Khan,” jawabnya ringkas.

Sekadar info, Aamir Khan merupakan salah seorang pelakon popular India yang pernah berlakon dalam filem terkenal Three Idiots pada 2009.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Mimi menjawab persoalan pengikutnya bertanya mengenai hero jejaka Malaya yang ingin berlakon bersama.

“Hero mana Mimi teringin nak berlakon bersama,” soal netizen.

Dengan ringkas, Mimi hanya membalas pautan tersebut dengan memuat naik foto aktor terkenal, Que Haidar.

Artikel Berkaitan:

Aqilah Paharuzi