Berangkat Ke Tanah Suci Tanpa Anak, Alif Teega & Aisyah Hijanah Ingin Fokus Ibadah

Personaliti media sosial, Alif Teega bersama isterinya, Aisyah Hijanah berangkat ke Makkah berdua tanpa kehadiran anak-anak mereka.

@alifteegaAlhamdulillah❤️ rezeki jadi tetamu Allah. Doakan Alif dan Aisyah selamat pergi dan pulang. Sedih tinggal deejah dan Hassan di rumah, nak bawak pulak nanti tak jadi ibadah. Sibuk jaga diorang. Tak apa lah, fi amanillah, Moga Dalam jagaan Allah. btw ada yang nak kirim doa? boleh comment dekat bawah. InsyaAllah Nanti alif bacakan depam kaabah. Oh! Kali ni Alif dan Aisyah tak pergi DIY, Sebab sekarang harga terlalu mahal. Tiket mahal, hotel mahal. Tak tahu lah pak arab ni. tak recomend lah pergi sendiri. Jadi this time Alif pilih pergi dengan @harmony_hq Alif share ni supaya mudah nanti korang nak pergi, ada rezeki nanti boleh lah pergi dengan diorang. InsyaAllah umrah 5 bintang🫰🏻♬ оригинальный звук – SABYAN_Official

Menerusi perkongsian Alif di TikTok, dia bersyukur kerana dijemput oleh Tuhan untuk ke Makkah dan memberitahu ingin fokus menunaikan ibadah di sana.

“Alhamdulillah, rezeki jadi tetamu Allah. Doakan Aliff dan Aisyah selamat pergi dan pulang.

“Sedih tinggal Deejah dan Hassan di rumah, nak bawa pula nanti tak jadi ibadah. Sibuk jaga diaorang, tak apa lah, fi amanillah, moga dalam jagaan Allah.

Menjengah ke ruangan komen wargamaya mendoakan perjalanan mereka berdua selamat pergi dan pulang serta ada juga yang mengirim doa-doa untuk dibacakan di depan Kaabah.

“Doakan saya dan keluarga dijemput juga suatu hari nanti.

“Doakan saya dan suami untuk ke rumah Allah, teringin sangat.

“Semoga Kak Aisyah dan Abang Alif selamat pergi dan pulang serta diberikan umrah yang mabrur,” tulis warganet.

 

 

 

Halimey Zamal