Berani Kongsi Foto Separuh B*gel, Pelakon Lelaki Berbadan Sasa Didakwa ‘Jual Diri’ Secara Terbuka?

Baru-baru ini, muncul satu isu mengenai seorang pelakon lelaki yang berbadan sasa didakwa semakin berani mempertontonkan tubuh badannya sejak kebelakangan ini menerusi akaun Instagramnya.

Memetik laporan BOOM!, pelakon ini ‘berani’ untuk berkongsi fotonya dalam keadaan separuh bogel dan dilihat hanya mengenakan seluar dalam untuk tatapan umum yang dikatakan sebagai ‘umpan’ beberapa hari lalu.

Bukan itu sahaja, aktor berbadan sasa itu dilihat memuat naik hantaran terbaru sekaligus memperlihatkan imej baharunya di mana dia menindik sebentuk subang di telinga.

Gara-gara hantaran tersebut, pelakon yang mendakwa dirinya sebagai jutawan itu telah mengundang tanggapan negatif dalam kalangan warganet malah disifatkan membuka aib sendiri.

Untuk info, pelakon lelaki ini sudah banyak kali terpalit dengan kontroversi hangat malah pernah dikaitkan terlibat dalam kes jenayah.

Sumber: BOOM!

Atiqah Johari