“Berbaloi Kami Rujuk Semula” – Diana Danielle Syukur, Peluang Kedua Beri Ruang Perbaiki Kekurangan Suami Isteri

Pelakon jelita, Diana Danielle mengaku bersyukur apabila keputusan untuk rujuk semula bersama suaminya, Farid Kamil pada 31 Ogos lalu memberi impak positif terhadap keluarga mereka.

Susulan itu, Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata, peluang kedua itu sekaligus membuatkan dia terus belajar memperbaiki kekurangan sebagai pasangan suami isteri disamping dapat merasai kebahagiaan bersama.

“Gembira untuk anak-anak, berbalo kami buat (rujuk semula). Banyak yang kami perlu usaha terus. Kekurangan itu pasti ada tetapi kami perbaiki hari ke hari. Belajar memaafkan.

“Apa yang saya dapat lihat adalah usaha kami ini membuatkan anak-anak semakin fokus di sekolah. Prestasi mereka juga meningkat dengan mendadak.

“Selain itu,  mereka semakin bersemangat dalam apa sahaja yang dilakukan dan kehidupan kami juga semakin stabil,” katanya.

Sebelum ini, bintang utama filem Imaginur itu didakwa sedang berbadan dua lantaran bentuk badannya yang dikatakan sedikit berisi, namun aktres itu menpis dakwaan terbabit dan memberitahu bahawa dia kini hanya mahu fokus terhadap kedua-dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Sekadar info, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid mengejutkan peminat apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN:Perlu Ambil Masa, Diana Danielle Masih Belum Daftar Pengesahan Dah Rujuk – “Dokumen Tak Ubah Apa, Tetap Sah Disisi Agama”

 

Sumber: Utusan

Salma Syahbuddin