Categories: HiburanTrending

Luah Rasa Simpati, Neelofa Bangga Kaka Azraff Kekal Pendirian Lantang Bersuara Isu Palestin

Selebriti popular, Neelofa meluahkan rasa simpati terhadap rakan artis, Kaka Azraff yang menerima kecaman hebat susulan kelantangan bersuara mengenai isu Palestin di media sosial, baru-baru ini.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berbangga dengan penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu yang teguh memperjuangkan pendapatnya.

“Sudah tentu saya kasihan dengan apa yang berlaku terhadap Kaka. Bagaimanapun, pada masa yang sama, saya berbangga kerana dia teguh dengan pendirian bersuara demi Palestin.

“Sebab kalau kita lihat, bukan sahaja Kaka, figura antarabangsa yang lebih besar seperti pengasas Huda Beauty lantang di media sosial. Malah sehingga sekarang, dia masih melakukan perkara sama dan pandangannya tidak berubah,” katanya.

Neelofa ditemui di majlis perlantikan dirinya sebagai duta stoller jenama antarabangsa Hamilton di ibu kota, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Terkejut Apabila…” – Dilantik Duta ‘Hamilton by Yoop’, Berniqab Bukan Halangan Neelofa Disambar Jenama Antarabangsa

Dalam pada itu, bekas pengacara Nona TV3 itu juga percaya ada sesuatu yang baik menanti Kaka di masa akan datang.

“Saya percaya, jika Kaka menerima kecaman pihak sana, saya tidak terkejut kerana mereka sudah melakukan perkara serupa kepada orang lain.

“Tapi untuk Kaka berseorangan melalui situasi itu, saya simpati dengan dia, tapi saya percaya khazanah Allah sangat luas dan besar. Pasti ada sesuatu hikmah baik untuk Kaka di masa hadapan, Insya-Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri Penjelasan Soal DM Berbaur ‘Anti-Jews’, Kaka Azraff Akui Terkilan Kontrak Ditamatkan Secara Tiba-Tiba

ARTIKEL BERKAITAN: Kontrak Ditamatkan? Ini Kenyataan Rasmi Warner Music Berkenaan Isu Kaka Azraff

Terdahulu, kelantangan Kaka mengecam tindakan tidak berperikemanusian dilakukan Israel terhadap Palestin menyebabkan nama ibu anak tiga itu tersenarai dalam sebuah akaun Instagram di bawah nama Jew Hate Database.

Tangkap layar mesej langsung (DM) mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic, beberapa minggu lalu juga ditularkan di hantaran Instagram akaun tersebut.

Akaun terbabit turut menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik.

Padin