Categories: HiburanTrending

“Bercakap Tak Guna Otak!” – Selar Bangsa Melayu Dengan Sifat Keji, Netizen Kecam Zul Yahya

Baru-baru ini, pelakon dan pelawak Zul Yahya berdepan kecaman netizen ekoran hantaran di laman Facebook miliknya yang berbaur provokasi.

Menerusi hantaran tersebut, Zul menyelar bangsa Melayu dengan sifat-sifat keji sehingga menyebabkan pengguna media sosial kurang senang dengan luahan hatinya itu.

“Bangsa Melayu yang banyak rogol anak sendiri. Bangsa Melayu yang banyak menipu bangsa sendiri. Bangsa Melayu yang banyak hasad dengki dengan bangsa sendiri.

“Bangsa Melayu yang suka berpecah belah. Bangsa Melayu tak boleh ditegur sebab dia rasa dia bangsa Melayu paling hebat,” tulisnya.

Menerima lebih 1,600 komentar, rata-rata netizen mempertikaikan tindakannya itu yang mengutuk serta mencerca bangsa sendiri.

Menurut seorang warganet, pelakon drama komedi bersiri Pepaya itu dikatakan mudah melenting dan sukar menerima teguran orang.

“Memang betui lah tak boleh ditegur..dulu aku penah tegur dia ni..aku cakap ada ostat bagitau..lelaki kalau nak simpan rambut panjang boleh tapi jgn ikat (masa tu dia rambut pjg dan ikat belakang).

“Last2 apa dia komen..ingatkan nk ucap terima kasih kerana menegur dia..boleh dia kata pulak..awak stim ke tengok aku..?” tulisnya.

Malah, ada netizen yang mendakwa Zul Yahya tidak berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Orang kapiaq berlambak rogol anak sendiri, jgn duk kutuk sgt, kurang ajaq punya ucapan, baru nk berjinak2 dgn agama trus tnjuk pandai, nmpak sgt hg nih katak duk dlm tempurung, bercakap x guna otak langsung, celaka punya orang,” luah warganet.

Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen yang membuat andaian Zul Yahya mengalami gangguan kesihatan mental.

Justeru, pengguna media sosial mendoakan agar dirinya kembali berubah dan tidak lagi memuat naik sebarang hantaran yang mencetuskan provokasi kaum.

Syamir Shafie