Bercuti Ke Kota Al Ula, Ini Respons Zul Ariffin – “Ramai Je Yak Yak Yeay, Tapi Kenapa Sibuk…”

Pelakon, Zul Ariffin tampil menjawab spekulasi membelenggu dirinya bercuti di Kota Al Ula, Arab Saudi sehingga mencetus pelbagai reaksi netizen.

Menerusi beberapa ciapan di platform X, Zul berkata pada awalnya dia tidak terkesan dengan kritikan netizen kerana menganggap kontroversi tersebut sekadar isu remeh.

“Selalunya buat tak tahu tapi sekali sekala layan juga karenah pelik ni, mungkin sebab bosan lama tak masuk set kot.

“Sorry ek, ramai je yang yak yak yeay kat town sendiri, sibuk town negara dah kenapa?,” soalnya.

Di hantaran lain, Zul meluahkan rasa berang terhadap segelintir blogger yang hanya mencipta content murahan tersebut sehingga namanya tercalar.

“Manusia tak kecoh mana pun, yang buka majlis ni blog-blog yang seronok tak ada content.

“Today, sana sini suruh stay calm, tabah, sabar. Sorry. Tak akan la nak menggelupur dengan game-game content ni.

“Lapuk dah, ingatkan nak create content ajar rakyat, rupanya lambert lagi,” ciapnya lagi.

Menjengah ke ruangan balas, ramai yang menyokong Zul serta menasihatinya untuk tidak terus melayan emosi serta mengendahkan kritikan tersebut.

Terdahulu, nama Zul hangat di media sosial selepas berkongsi momen percutiannya di Kota Al Urab Arab Saudi sehingga mengecewakan ramai pihak.

Artikel Berkaitan: Berkunjung Ke Al Ula Kota Dilaknat Allah, Zul Ariffin Bikin Peminat Kecewa?

Aqilah Paharuzi