Wajah Didakwa Berubah Persis Artis K-Pop, Hael Husaini Mengaku Suka Nampak Handsome & Presentable – “Kena Faham Saya Adalah Selebriti”

Penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini saban hari hangat menjadi perbualan ramai di media sosial terutamanya berhubung dakwaan perubahan wajah dan fizikalnya.

Memetik laporam Berita Harian, Hael berkata sudah menjadi satu tanggungjawabnya sebagai selebriti untuk sentiasa menjaga penampilannya.

Tambahnya, setiap kali hadir ke acara terkemuka di luar negara Hael memaklumkan dia sentiasa mahu nampak handsone dan presentable.

“Bagi saya, apa yang orang lihat Hael, itulah bentuknya. Tiada apa-apa yang mahu saya katakan mengenai perkara ini.

“Sebagai selebriti, saya sentiasa menjaga penampilan. Apa yang anda lihat, itulah saya.

“Ini bukan suatu perkara yang saya fikir perlu dirumitkan. Kita kena faham, saya adalah selebriti. Kerja selebriti adalah untuk kelihatan ‘presentable’ (berketrampilan).

“Saya mengaku suka tampak ‘presentable’ di mata masyarakat. Seperti saya kata, apa yang anda nampak, itulah saya.

“Membawa wajah dan mempromosikan nama negara, saya anggap ini suatu pencapaian besar.

“Saya sentiasa jaga diri kerana penampilan sangat penting untuk seorang selebriti. Kalau hendak diikutkan, saya fikir, sekarang adalah zaman visual.

“Sebagai selebriti, saya kena tunjuk contoh yang baik. Dalam hal ini, pastinya yang terbaik untuk diri sendiri.

“Apa yang penting, saya nampak ‘handsome’,” katanya.

Sebelum ini, wajah pelantun lagu Jampi ini dikatakan mirip bintang K-Pop terutamanya dalam foto terkini di Instagram Hael ketika menghadiri acara anugerah di ibu negara.

Malah, ada segelintir netizen mendakwa perubahan wajah dan fizika Hael terlalu ketarq sehingga mereka tidak mengenali siapakah artis dalam foto tersebar itu.

Artikel Berkaitan: Hadiri Acara Fesyen Di Eropah, Hael Husaini Kongsi Foto Bersama Jae Hyun… Netizen Tak Senang Duduk!

Sumber: Berita Harian

Aqilah Paharuzi