Berdepan Masalah Buah Pinggang, Ebby Yus Mengaku Lama Tidak Terima Tawaran Berlakon

Pelawak terkenal, Ebby Yus yang mengalami penyakit buah pinggang tahap pinggang memberitahu keadaan dirinya semakin lemah sekaligus tidak boleh keluar mencari rezeki.

Kata Ebby kepada Berita Harian, dia disahkan menghidap penyakit itu sejak setahun lalu.

“ Saya disahkan mengidap penyakit buah pinggang tahap tiga hampir setahun dan dalam masa sama jantung semakin lemah.

“ Selepas jatuh sakit, saya hilang mata pencarian untuk bekerja dalam bidang seni dan mengharapkan ehsan rakan-rakan,” katanya sayu.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid memberitahu keadaan jantungnya yang makin lemah bersangkut paut dengan masalah buah pinggang dialaminya.

 “ Tetapi saya bersyukur kerana ia masih belum di peringkat yang memerlukan saya membuat dialisis, namun doktor kata tiada ubat untuk rawatannya tetapi hanya menasihatkan saya supaya menjaga makanan,” katanya.

Ebby yang kini berusia 55 tahun init turut mengakui sudah lama tidak menerima tawaran disebabkan masalah kesihatannya ini.

 “ Kali terakhir saya menerima tawaran mengacara program Meja Bulat di TV3, itupun dibuat secara rakaman tahun lalu. Pada sesi rakaman itu pun saya sudah tidak sihat, badan lemah, perut dan kaki semakin membesar disebabkan masalah buah pinggang.

“ Jika ada tawaran di dalam studio, Insya Allah saya akan cuba gagahkan,” katanya memberitahu restoran miliknya bersama rakan kongsi telah ditutup kerana tiada untung.

Namun begitu, beliau sentiasa positif dan menganggap ada hikmah di sebalik semua ujian dari ALLAH SWT. Kami doakan agar Abang Ebby Yus terus kuat menjalani kehidupan dan dikurniakan kesihatan lebih baik selepas ini…

SGMS Faida