Berhasrat Nak Buat ‘Crowdfund’ Untuk Amelia Henderson, Individu Teruk Dihentam! – “Salah Sendiri, Pandailah Dia Cari…”

Baru-baru ini, nama pelakon jelita, Amelia Henderson hangat menjadi perbualan ramai di media sosial berhubung kes saman akibat melanggar kontrak perjanjian syarikat produksi A. Aida Production Sdn Bhd.

Kemenangan yang berpihak kepada Datuk A. Aida sekali gus memerintahkan Amelia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM213,000, namun jelas aktres Kisah Cinta Kita ini dia akan memfailkan tuntutan rayuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amelia Henderson Diperintah Bayar Lebih RM200,000… A Aida Luah Rasa Syukur! – “Dulu Ajak Berdamai Tak Nak, Syukur Kemenangan Pada Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Kalah Kes Langgar Kontrak, Diarah Bayar Lebih RM200,000… Ini Respons Amelia Henderson!

Berdasarkan pemerhatian XTRA, nama Amelia sehingga kini masih menjadi sebutan di aplikasi Twitter lebih-lebih lagi apabila terdapat individu mahu membuat ‘crowdfund’ untuk membantunya melunaskan bayaran tersebut.

“Kalau ada sesiapa yang tahu any crowdfund untuk Amelia, tolong kongsi. Moral tinggi memang mahal harganya,” tulis individu berkenaan.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut, ramai yang tidak bersetuju dan menghentam individu berkenaan gara-gara mahu membuat tabung dana bagi meringankan beban aktres itu.

Menurut rata-rata netizen, Amelia adalah seorang selebriti yang bijak dan berstatus mewah, justeru tidak wajar untuk mewujudkan tabung.

Ada juga segelintir netizen yang mengaitkan semula isu ‘work life balance’ yang dibahaskan bersama dengan pelakon Janna Nick dalam podcast, Studio Sembang.

Namun begitu, sehingga kini tiada respons daripada pihak Amelia sendiri berhubung isu tersebut.

Kredit foto: Media Mulia

Aqilah Paharuzi

Recent Posts